TERKINI :

Tuesday, October 4, 2016

Mukhriz tolak 'pinangan' Annuar Musa untuk s


Datuk Seri Mukhriz Mahathir menolak jemputan daripada Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa (kanan) untuk menyertai semula parti.

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Parti Bersatu Pribumi Malaysia (PPBM) Datuk Seri Mukhriz Mahathir menolak jemputan daripada Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa untuk menyertai semula UMNO.

Bekas Menteri Besar Kedah itu berkata hari ini, beliau tidak berminat dengan tawaran tersebut sekalipun jika ia datang dari Presiden UMNO.

"Saya tak tahu nak tergelak atau terkejut. Yang pasti, saya dipecat, bukan meletak jawatan.

“Kalau sebelum ini Presiden pernah menawarkan jawatan Timbalan Menteri dan kemudian menteri penuh, itu pun saya tolak, apatah lagi tawaran dari ketua penerangan,” katanya kepada pemberita di Wisma AMANAH Negara di sini pada Selasa.

Beliau yang ditemui pada sidang media bersama Parti Amanah Negara (AMANAH) menambah, beliau akan terus bersama PPBM.

Annuar pada Isnin menjemput Mukhriz, bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas ahli UMNO lain yang dipecat daripada parti supaya kembali menyertai mereka.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan penulis blog Raja Petra Kamarudin bahawa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini mahu anaknya itu menjadi perdana menteri.

Annuar memberi contoh tindakan veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah yang menyertai semula parti itu walaupun pernah meninggalkannya dan membentuk Semangat 46.

Mukhriz dan Muhyiddin dipecat pada Jun lalu kerana mempersoalkan kepimpinan parti dalam isu berkaitan syarikat kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...