TERKINI :

Tuesday, October 4, 2016

Mahfuz sambut baik Pas mahu bekerjasama dengan PKR, Bersatu


Ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar menyambut baik pimpinan utama parti itu menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan PKR dan Bersatu untuk mengalahkan Umno-BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Mahfuz berkata, walaupun sebelum ini Pas pernah menyatakan tidak akan bekerjasama dengan mana mana parti yang bekerjasama dengan Dap, namum kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pengarah Pilihan Raya Datuk Mustafa Ali sudah tentu ujarnya, mewakili Pas secara rasmi.

"Kenyataan tersebut sudah tentu dibuat dalam penuh sedar kerjasama dengan PKR dan Bersatu adalah merupakan rakan kerjasama Dap dan Amanah yang dimusuhi Pas.

"Pas kini bakal kembali kepada mainsterim politik pembangkang.

"Saya percaya jika Pas boleh berubah dari tidak menerima parti yang menjadi rakan Dap dan Amanah untuk bekerjasama bagi mengalahkan Umno-BN pada PRU14,sudah tentu Pas juga akhirnya boleh menerima DAP dan Amanah untuk capai hasrat mengalahkan Umno -BN.

"Mungkin pimpinan Pas perlu mengambil masa bagi menerima kedua dua parti tersebut kerana Pas pernah menerima dan bekerjasama pada PRU 1990 dengan parti serpihan Pas iaitu Berjasa yang pernah bekerjasama dengan Umno pada PRU1978 dan membawa Pas tinggal batu nisan di Kelantan," katanya.

Imbasnya lagi, ketika itu Berjasa sudah tentu boleh di anggap sebagai pengkianat Pas sehingga Pas tinggal batu nisan,tetapi kebijaksanaan Tok Guru Nik Aziz ujarnya, menerima Berjasa dan Tengku Razaleigh Hamzah telah membawa kepada kemenangan besar pada Pas dalam PRU 1990 kekal hingga hari ini.

Kesediaan Pas untuk bekerjasama dengan Bersatu sudah tentu dengan penuh sedar yang Bersatu adalah parti baharu yang akan bertanding dalam PRU14 nanti.

"Sudah tentu akan berlaku penyerahan sejumlah kerusi yang selama ini ditandingi oleh Pas dan PKR kepada Bersatu dan Amanah.

"Inilah makna kerjasama politik yang akan membawa kepada situasi menang menang. Dalam erti kata lain Pas akan bertanding dengan jumlah kerusi yang kurang dari PRU13.

"Moga PRU14 ini akan melakarkan lanskap baru politik dan ekonomi Malaysia yang memberi kebaikan dan keadilan untuk rakyat.

"Saya mengharap dengan kesediaan awal Pas untuk kerjasama ini akan membuka jalan kepada mengwujudkan grand coalation bersama parti parti pembangkang lain termasuk Dap,Amanah dan parti baharu dari Sabah pimpinan Datuk Shafie Apdal dan partilain di Sabah dan sarawak bagi mengwujudkan politik baharu Malaysia tanpa Umno-BN," ujarnya.

Pada Sabtu lalu Mustafa berkata, kerjasama itu membawa perkembangan positif yang akan membuka peluang kemenangan lebih cerah kepada pembangkang bagi pertandingan satu lawan satu antara gabungan pembangkang dan BN.

Mustafa berkata demikian ketika menyampaikan Ceramah Perdana Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.4 di Kemasek yang turut disertai Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Naib Presiden Pas, Idris Ahmad.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...