TERKINI :

Wednesday, October 26, 2016

Lajim Ukim - Saya tiada masalah dengan PKR, 'Masuk senyum, keluar pun kena senyum'

Lajim Ukin

PUTRAJAYA - Datuk Seri Lajim Ukin menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Ismail berkenaan dengan keputusannya keluar dari parti tersebut awal bulan ini.

Bekas Pengerusi Perhubungan PKR Sabah itu berkata, mereka berdua sudah berbincang dan Wan Azizah menerima keputusannya itu.

"Saya sudah jelaskan kepada dia sebab utama saya keluar dari parti adalah kerana orang Sabah inginkan parti tempatan dan dia dapat menerimanya.

"Saya juga punyai prinsip di mana saya masuk dengan senyuman, maka saya keluar pun dengan senyuman," katanya ketika ditemu bual di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS), di sini, hari ini.

Sebelum ini, Wan Azizah melahirkan rasa kecewa beliau dengan tindakan Lajim Ukin meninggalkan parti itu.

Namun begitu, Wan Azizah juga sempat berpesan kepadanya untuk bekerjasama pada masa akan datang

"Buat masa sekarang, saya ingin fokus dengan parti baharu ini dahulu dan lihat bagaimana sokongan rakyat kepada kami," katanya lagi.


No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...