TERKINI :

Sunday, October 2, 2016

Kelaku TV3 dizaman TG NIK AZIZ dan MAD YAAKOB

Masa tengah tunggu makan di Kedai tadi.. tengok lah berita TV3, kalau di rumah aku selalu layan Awani jer..yg best nya Berita " Pembalakan " di Gua Musang jadi berita utama..

yang mengejutkan aku.. TV3 mempertahan kan tauke2 dan Kontraktor Balak Cina yg menghalau meroboh dan menceroboh rumah tanah orang asli.. malah tindakan Penceroboh dan Kerajaan Negeri Kelantan itu di pertahankan..

Berbeza laporan TV3 di era Almarhum Tok Guru Nik Aziz masih hidup.. walaupun ketika itu, takda sebarang aksi keganasan dan gangster2 balak.. yang hairan nya jugak.. Kerajaan Negeri, Pejabat Hutan menyebelahi gangster2 dan Pembalak2 haram berlesen ini..

Sambil menunggu pesanan makanan.. punya lama aku tak Online.. aku hampir terlupa, takda lah terkejut sangat bila aku teringat balik, UMNO dan PAS hari ini dah takdak beza dah sekarang.. tiba2 jer teringat pesan dan ucapan Almarhum Ustaz Fadzil Noor..

" Apabila kita bersama memperjuangkan kebenaran dan keadilan maka itu bermakna kita sudah menang. Ahli PAS juga perlu waspada, jika musuh politik PAS memuji PAS dan memberi ruang kepada PAS, terutama di media mereka, maka tentu ada sesuatu yang tidak kena kepada PAS "...

Kalau dengan Alam Sekitar pun tak boleh berlaku adil.. apa lagi dgn Manusia.. di sinilah hilangnya kehendak "Maqasid" dalam perlaksanaan Hudud.. apakah ini wajah kerajaan yg mahu melaksanakan Hudud?

maka malam ni aku berijthad nya " wajibnya kita tumbang kan kerajaan PAS Kelantan..gantikan dan berhijrah lah kepada kerajaan yg lebih baik.. "

IpohMali

Salam Maal Hijrah..

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...