TERKINI :

Wednesday, October 26, 2016

Kakitangan GLC laku jenayah ugut yang disyaki telah membawa keluar dua wanita yang merupakan isteri orang

Kakitangan GLC laku jenayah ugut

ALOR SETAR – Dua kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang berpejabat di Kangar, Perlis ditahan polis kerana disyaki terlibat melakukan kesalahan ugutan jenayah dengan senjata api.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, masing-masing yang berumur lingkungan 30-an merupakan kakitangan bahagian kawal selia sebuah GLC ditahan, kelmarin.

"Pada 23 Oktober jam 9 malam, dua lelaki telah ditangkap di Balai Polis Kepala Batas, Alor Setar dengan sepucuk pistol bersama lima butir peluru dari salah seorang tangkapan kerana disyaki terlibat dalam melalukan kesalahan ugutan jenayah.

"Tangkapan dibuat kerana kedua-dua mereka disyaki telah membawa keluar dua wanita yang merupakan isteri orang selama beberapa hari dan akhirnya pada 23 Oktober lebih kurang jam 2 petang, tangkapan dan kedua-dua perempuan tersebut telah dipintas oleh suami mereka di hadapan sebuah restoran di Jalan Sultanah Bahiyah, Alor Setar," katanya.

Menurutnya, kemudian berlaku pertikaian dan pergaduhan antara tangkapan dengan suami kedua-dua wanita tersebut sehingga menyebabkan salah seorang tangkapan telah mengeluarkan pistol dan mengacu ke arah kedua-dua suami berkenaan.

"Orang awam yang menyaksikan kejadian segera membantu suami-suami wanita tersebut. Kedua-dua tangkapan kini ditahan reman sehingga 27 Oktober.

"Polis sedang membuat pengesahan ke atas pemilikan senjata api yang dirampas dari salah seorang tangkapan," katanya.

Mohd Nashir berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.


No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...