TERKINI :

Saturday, October 1, 2016

Hadi kurang sihat ekoran keletihan, had masa hadiri program



Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan tidak sihat dan terpaksa mengehadkan masanya menghadiri program yang telah dijadualkan.

Semalam, Abdul Hadi yang biasanya menyampaikan kuliah mingguannya setiap pagi Jumaat di Masjid Rusila, Marang hanya memberi ceramah kira-kira satu jam berbanding kebiasaannya selama dua jam, lapor Bernama.

Setiausaha Sulit kepada ahli Parlimen Rhu itu, Zaihan Mohd Daud berkata walaupun berdepan masalah kesihatan, Abdul Hadi tetap meluangkan masanya untuk menghadiri program.

"Tuan guru tidak sihat kerana keletihan akibat program yang terlalu padat, Walaupun tidak sihat, beliau tetap menghadiri beberapa program.

"Esok (Sabtu) pun beliau akan ke Sabah bagi menghadiri program di sana," katanya kepada pemberita selepas Program Himpunan Harapan Semua (Harap 3.4) di Kemaman malam tadi.

Abdul Hadi yang menghadiri majlis tersebut kira-kira satu jam sempat menyampaikan ceramahnya hampir setengah jam sebelum bergegas pulang untuk berehat.

Beliau yang kelihatan letih menyampaikan ceramahnya dalam keadaan duduk dan perlu dipimpin sewaktu menuruni tangga ketika hendak pulang.

- Bernama

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...