TERKINI :

Tuesday, October 11, 2016

FALCON BANK TUTUP : Pencuri itu adalah kita..!!!

FALCON BANK TUTUP: PENCURI ITU ADALAH KITA

1MDB telah menyebabkan dua bank dunia ditutup. Kedua-duanya di Singapura, jiran terdekat aliran wang haram dari 1MDB.

US 3.8 billion (RM15.2 B) berkait wang 1MDB melalui bank ini. Termasuk US 681 juta (RM 2.6) yang dikaitkan dengan akaun peribadi PM.

Dua lagi institusi kewangan Singapura dalam siasatan.

Saya tidak pasti, PM Malaysia mempunyai biji mata atau tidak.

Jika ada, ‘biji mata’ PM Malaysia hanya mampu terkebil-kebil.

Dunia menelanjangi pencurian wang negara Malaysia satu lepas satu.

Kita masih tidak berbuat apa-apa.

Kenapa? Kerana pencuri itu adalah kita sendiri.

Kita tidak akan menangkap diri kita.

Kita memerlukan negara-negara di dunia yang mempunyai maruah, harga diri, keazaman tinggi menjunjung keluhuran undang-undang dan memelihara integriti sistem kewangan mereka, untuk mendedahkan jenayah kita.

Ketika kita kecewa, negara kita terbelenggu dikuasai pencuri dan kecurian tidak lagi dianggap hina, kita diberikan sedikit harapan kerana ada negara lain yang menangkap rakan-rakan pencuri yang membantu melarikan wang itu. Mereka telah bertindak bagi pihak kita.

Syabas Singapura!

Dan SYABAS DS Najib kerana mampu untuk terus memegang jawatan PM ketika dunia menelanjangi jenayah terbesar kita!

Husam Musa
11 Oktober 2016
10 Muharram 1438

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...