TERKINI :

Monday, October 24, 2016

Dah cabar 3 kali nak kita balik, silap hari Umno yang tidak kekal, kata Mukhriz


Datuk Seri Mukhriz Mahathir

Parti Prubumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan kekal sebagai sebuah parti pembangkang di negara ini dan tidak sekali-kali ahlinya dan pemimpinnya kembali ke pangkuan Umno.

Naib Presidennya Datuk Seri Mukhriz Mahathir bercerita bagaimana beliau sendiridan rakan-rakan yang tidak sehaluan Umno pernah dicabar oleh pemimpin Umno.

"
Sewaktu saya jadi menteri besar saya dicabar seorang Adun untuk mengatakan pendirian sama ada saya sokong atau tidak sokong PM dan Presiden Umno.

"Bila sudah dicabar saya jenis tak suka dicabar saya kata padanya saya tidak sokong PM.

"Kalau tidak sokong dicabarnya kita keluar dari Umno tetapi kita bertahan dalam parti akhirnya dia keluarkan kita daripada Umno.

"Ada satu lagi cabaran kalau dah keluar tidak lagi bersama Umno kalau berani bukalah parti baru...dah tiga kali dicabar kita pun rasa tercabar... dan sekarang kita dah ada PPBM," ujarnya ketika berucap pada siri Bicara Rakyat parti itu yang diadakan di Dataran Hamas Kompleks Pas Jasin Melaka malam tadi.

Bekas menteri besar Kedah ini juga menarik kenyataan Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa baru-baru ini seolah  mahu memujuk bekas ahli-ahli Umno ini kembali kepada Umno.

"Tiba-tiba ketua penerangan Umno dia pula kata.. kalau takda apa silalah balik ke Umno

"Dah cabar tiga kali boleh nak ajak kita balik Umno pula..PBPM akan kekal didalam di Malaysia, ia tidak akan balik ke pangkuan Umno.

"Malah silap hari parti pribumi Bersatu pula kekal parti Umno yang tidak kekal," ujarnya dihadapan lebih kurang 4,000 penyokong parti itu.

Turut hadir Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Anina Saadudin,Syed Saddiq Syed Abdul Rahmah.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...