TERKINI :

Friday, October 7, 2016

BN Johor hilang MAJORITI 2/3

Mengenai kedudukan ADUN di Dewan Undangan Negeri Johor selepas kenyataan

TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
6 Oktober 2016

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA PELANTIKAN PEGAWAI-PEGAWAI KANAN PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA (PPBM)

Saya dengan sukacitanya ingin mengumumkan pelantikan pegawai-pegawai kanan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) iaitu YB Datuk Dr Shahruddin bin Md Salleh sebagai Setiausaha Agung, YBhg. Dato’ Mohamed Salleh Bajuri sebagai Bendahari Agung dan YBhg Datuk Hj Kamarudin bin Md Nor sebagai Ketua Penerangan.

Pelantikan-pelantikan ini dibuat selaras dengan peruntukan Fasal 13.7 perlembagaan parti. Datuk Dr Shahruddin Md Salleh berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang kejuruteraan awam, Universiti Bradford, United Kingdom. Beliau berpengalaman luas dalam bidang politik dan pentadbiran.Beliau juga merupakan mantan Naib Ketua UMNO Bahagian Pagoh dan kini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jorak,

Semua penjawat jawatan di atas memegang jawatan selama tempoh Majlis Pimpinan Tertinggi selaras dengan peruntukan Fasal 13.7 perlembagaan parti.

Oleh yang demikian: Ulasan YB Aminolhuda Hassan

Berdasarkan kepada perlembagaan sesebuah parti sekiranya seseorang Ahli Yang Berhormat menyertai parti lain maka secara automatik keahlian parti lamanya tergugur.

Maka saya melihat berlaku kekurangan Ahli Yang Berhormat di Pihak Kerajaan Barisan Nasional Negeri Johor kerana YB Datuk Dr. Shahruddin Mohd Salleh telah KELUAR UMNO DAN menyertai Parti Bersatu Pribumi Malaysia. Ini bermakna Barisan Nasional Johor telah berkurang Ahli Yang Berhormat dari 38 kepada 37 manakala Barisan Pembangkang bertambah dari 18 Ahli Yang Berhormat kepada 19.

Ini juga bermakna buat pertama kalinya dalam sejarah Negeri Johor di tadbir oleh sebuah kerajaan yang tidak memperolehi 2/3 majoriti di dalam Dewan Undangan Negeri.

Implikasi utama apabila kehilangan majoriti 2/3 dalam Dewan Undangan Negeri, Kerajaan UMNO/BN tidak boleh meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Johor.

Saya menjangkakan akan berlaku kejutan sebelum pembubaran Dewan apabila ada beberapa  lagi Ahli Yang Berhormat dari UMNO yang akan meninggalkan partinya!

Disini saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat datang YB Shahruddin ke Barisan kami. Diharap kita boleh mengembeling tenaga untuk menewaskan BN/UMNO dalam PRU ke 14.

#Hapuskan rasuah
Perkukuhkan integeriti #

YB Aminolhuda Hassan
Pengerusi Amanah Johor
Adun Pt. Yaani

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...