TERKINI :

Monday, October 10, 2016

BN akan dilanda 'tragedi Oktober'?


Gambar hiasan

SHAH ALAM - "Bergantung kepada berapa orang keluar, kalau ramai (Adun, ahli Parlimen) akan menjadi 'tragedi Oktober' buat Barisan Nasional (BN).

Demikian pandangan Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani mengenai keadaan 'rumah tangga' BN kini.

Perkembangan terbaharu terutamanya di Johor memperlihatkan, BN Johor kerhilangan seorang Adunnya apabila Adun Jorak, Datuk Shahruddin Salleh meninggalkan Umno untuk menyertai Parti Bersatu Malaysia (Bersatu).

Namun begitu ujarnya keadaan di Johor masih kukuh dan stabil.

"Setakat ini baru kurang satu Adun, selagi BN berjaya kekalkan majoriti mudah sebenarnya masih stabil.

"Hanya sekiranya ramai meninggalkan Umno untuk menyertai Bersatu seperti berduyun-duyun meninggalkan Pas untuk menyertai Amanah di Johor, baru keadaan kurang stabil ke arah tidak stabil," katanya kepada Sinar Online.

Dun Johor terdiri daripada 56 Adun di mana 37 kerusi adalah milik BN, DAP 13, PKR 1, Pas 3, Bersatu 1 dan Amanah 1.

Dalam pada itu, ketika mengulas mengenai dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan BN akan kehilangan beberapa negeri sekiranya lebih ramai Adun yang keluar parti, Azizuddin berkata buat masa ini perkara itu 'mustahil' berlaku.

"Tun M, cuba cipta suasana yang membolehkan orang Melayu fikir akan sokongan mereka kepada Umno.

"Saya rasa sebenarnya sukar untuk menggugat Umno masa kini," katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...