TERKINI :

Sunday, October 16, 2016

Apa akan berlaku pada polktik Malaysia sekiranya Anwar ikut Mahathir, Muhyiddin patuh Najib dan Mat Sabu wala Hj Hadi?

Monier Mat Din,

Ini tulisan politik.

Utk pengetahuan rkn2 yg baru join FB saya, di zaman sebelum adanya FB, saya lincah menulis di blog politik mengulas persada politik semasa. Tulisan2 saya tu ada yg melayang merata internet dan keluar di pelbagai portal politik waktu itu. Masuk mai zaman FB, bila saya ada ac FB ramai juga followers tulisan politik saya tu yg add fren atau follow FB saya.

Lama tak menulis bab politik, hari nie saya nak ulas sikit isu politik semasa nak kongsi dgn peminat2 politik tegar dlm FB saya nie. Yg tak minat politik, sila skip dan boleh abaikan.

Sebelum ke Amerika dulu waktu zaman selepas SPM saya giat dgn Belia 4B dan didoktrin dgn fahaman politik pro-UMNO di Tanah Rancangan Felda yg arwah ayah bawa kami berhijrah ke sana dlm usaha nak lari keluar drpd kepompong hidup yg x menentu di kampung asal kami nu.

Makanya, bila di Amerika saya jadi berat belah UMNO di zaman yg rata2 students masih tercari2 identiti diri, hasilnya saya antara yg bertanggungjawab dlm mengasaskan penubuhan kelab UMNO yg pertama di California Amerika Syarikat.

Pun begitu, bila saya mula bekerja di sebuah kompeni Amerika di Santa Clara, betul2 bergaul dgn Mat Salleh dan Minah Salleh, saya mula minat mengikuti politik Amerika. Di penghujungnya, saya jadi tertarik dgn sistem DUA PARTI di sana, Republican vs Demokrat.

Saya rasa ini yg tak ada di Malaysia, dua parti maksudnya yg BERKUASA ialah RAKYAT jelata. Setiap parti apabila diberi peluang memerintah, mereka akan buat yg terbaik utk mempastikan kesejahteraan hidup rakyat jelata dan kemajuan negara sebab mereka tahu kalau parti berkenaan gagal berbuat demikian, mai p.raya akan datang rakyat akan undi parti lain.

1. Balik ke Malaysia, saya masih ingat lagi dlm p.raya yg pertama kali saya jadi pengundi di negeri yg saya kerja di situ, DUN saya undi parti lain dan PARLIMEN saya undi parti lain. Makna kata saya undi bukan sebab parti tapi berdasarkan prestasi parti yg memerintah di DUN dan PARLIMEN yg berkenaan.

2. Peluang utk melihat impian saya negara Malaysia bersistem dua parti tu menonjol selepas zaman reformasi Anwar Ibrahim yg menyaksikan wujudnya Pakatan Rakyat (PR) yg mana buat pertama kalinya dua parti berbeda kutub, PAS dan DAP duduk semeja.

3. Saya melihat satu2nya peluang keemasan yg lohongnya terbuka utk negara Malaysia merasa sistem dua parti ialah pada musim PRU 2008 dan sedikit terbuka pada PRU 2013. Malangnya peluang keemasan itu terus tertutup dan tinggal dlm lipatan Sejarah, dan saya rasa tak akan terbuka dah sampai bila2.

4. Salahnya ialah pada dua pihak.

Yg pertama ialah DAP, dlm banyak kes sesetengah pemimpin2nya tak sensitif langsung dgn statement dan tindak tanduk yg mengguris penganut Islam, hat terbaru kes Tuan Guru Harun Din, pemimpin DAP berkenaan tak dpt membezakan serangan peribadi terhadap arwah sebagai Orang PAS dan arwah sebagai TUAN GURU / ULAMAK di mata org2 Islam kebanyakan. DAP kena improve bab how to handle Malay n Muslim sensitivity ini.

Yg kedua saya melihat salahnya ialah pada Mat Sabu dan penasihat2nya sewaktu beliau memegang jawatan Timb Presiden PAS. Mat Sabu 2x5 ja seperti Anwar Ibrahim dan juga Muhyidin waktu jadi TPM; terburu-buru sangat.

Kalau senyap aje, tutup mulut sat tok sah duk kata apa, rasanya Anwar Ibrahim dah lama jadi PM, dan Muhyidin pula tunggu sat ja lagi bila Najib berundur insyaallah dia juga jadi PM. Hat nie Najib play smart - di zaman org duk kata mcm2 kat Mahathir dan juga zaman orang duk perlekeh Pak Lah sebagai PM, Najib wat rilek dan cool saja. Berkat kesabaran beliau menunggu gilirannya barangkali, hasilnya kita lihat suka ka tak suka ka hari ini Najib jadi PM dan Bini dia jadi Isteri PM.

Mat Sabu dan team PAN waktu dlm PAS hari tu sepatutnya ikut resmi Najib, sabaq dan tunggu sat. Bayangkan kalau Mat Sabu jadi Presiden PAS. Bila DAP dan PAS bersatu ditambah pula dgn team PRIBUMI yg ada Mahathir, Muhyidin, Mukhriz, Shafie Afdal beserta team PKR yg sudah sedia establish tu, pasti kecundang UMNO dan BN.

Waktu tu barulah tercapai impian sesetengah pihak khususnya pengundi generasi baru yg nak melihat bumi Malaysia ini ada sistem dua parti. Parti A tak reti buat kerja, kita tukar Parti B dan begitu juga sebaliknya.

Baca berita2 dlm Mingguan Malaysia hari ini 16.10.16 yg menyaksikan "kegusaran" pemimpin tertinggi UMNO dgn keluarnya ahli2 dan pemimpin2 UMNO menyertai parti PRIBUMI dari peringkat atas hingga ke akar umbi, kita duk rasa mcm UMNO akan lumpuh dan kalah pada p.raya akan datang tetapi tidak seperti yg dijangkakan.

Tanpa PAS bersama Pakatan Pembangkang, saya melihat UMNO akan terus memerintah Malaysia hingga ke beberapa generasi yang mendatang.

Saja nak kongsi.

Tkasih

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...