TERKINI :

Monday, October 24, 2016

Amanah mengusulkan RUU355 di parlimen dengan menekankan keadilan, Pas hanya tambah hukuman

Usul RUU 355: Amanah tekankan keadilan, Pas hanya tambah hukuman


Khalid Abdul Samad ketika ditemui media di lobi parlimen hari ini.-Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Wan Salleh.

Amanah mengemukakan usul alternatif pindaan Akta 355 kerana mahu Mahkamah Syariah benar-benar diperkasakan, tegas Pengarah Komunikasinya, Khalid Samad.

Beliau berkata, usul Rang Undang-undang (RUU) Persendirian daripada Amanah memberi penekanan terhadap aspek keadilan secara menyeluruh berbeza dengan pendekatan Pas.

"Usul pindaan daripada Amanah jauh lebih berbeza daripada apa yang cuba dibawa oleh Pas. Pendekatan Pas tambahkan hukuman dalam memperkasakan Mahkamah Syariah. Bagi kita pula, tanggungjawab mahkamah adalah menegakkan keadilan.

"Mahkamah memerlukan keadilan bukan sekadar tambah hukuman tetapi diperkasakan dalam erti kata sebenar," ujarnya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Mengakui usul alternatif pindaan akta terbabit bukan perancangan awal Amanah, Khalid berkata, keputusan berbuat demikian selepas Pas tidak menghiraukan pandangan mereka sebelum ini.

Hadi tidak peduli 

"Isu Mahkamah Syariah ini bila Hadi Awang bawa usul pindaan Akta 355, kita bertanya dia tidak jawab. Kita beri pandangan dan minta masukkan cadangan kita sikit, dia tidak respon.

"Kita dari awal memang tiada niat untuk masukkan usul sendiri tetapi bila soalan tidak berjawab dan cadangan kita tidak mendapat respon Pas maka kita tiada pilihan melainkan kemukakan usul alternatif.

"Kita mahu tunjukkan pendekatan Amanah berhubung pemerkasaan Mahkamah Syariah jauh berbeza daripada apa yang ditunjukkan oleh Pas," jelas Ahli Parlimen Shah Alam itu lagi.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...