TERKINI :

Thursday, October 20, 2016

11 dasar Belanjawan Alternatif 2017, Pakatan rela diciplak kerajaan

 http://www.malaysiadateline.com/images/OKT_2016/Ahli_parlimen_PH.JPG
Pakatan Harapan (PH) membentangkan 11 cadangan dasar dalam Belanjawan Alternatif Malaysia 2017 bertemakan Pakatan Harapan Menentukan Masa Hadapan yang dilancarkan hari ini.

Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, PH rela cadangan itu diciplak oleh kerajaan BN dan segera diguna pakai demi kepentingan rakyat dan negara.

“Tiada masalah jika kerajaan mahu menggunakannya, kami sedia membantu tapi minta diberikan kredit juga kepada pihak kami. Kalau hadis pun ada perawinya, berikanlah sedikit penghargaan kepada kami,” katanya dalam sidang media pelancaran belanjawan tersebut di bangunan parlimen hari ini.

Sebelas cadangan dalam belanjawan itu berlandaskan prinsip-prinsip keadilan sosial yang diterima pakai oleh semua agama dan dililhamkan oleh ciri-ciri kesederhanaan yang didukung berasaskan maqasid as-syariah.

Bagi golongan pekerja, PH berhasrat mewujudkan peluang sama rata dalam pekerjaan dan keusahawanan; meningkatkan upah, serta mengurangkan pekerja asing dan melebihkan pendapatan rakyat.

PH juga mahu melaksanakan urus tadbir yang baik dengan membaik pulih prosedur kerajaan bagi pelaporan fiskal dan meningkatkan pencegahan rasuah, jimat dan mudah.

Bagi Sabah, Sarawak, dan pembangunan luar bandar pula, PH mencadangkan pendekatan serampang tiga mata bagi merapatkan jurang ketidaksamaan di dua negeri itu.

Selain itu, PH juga mahu menyemarakkan industri beras dengan mewujudkan semula Lembaga Padi dan Beras Negara (Bernas) dan menyediakan ikatan perkhidmatan untuk membantu para petani memaksimumkan keuntungan jualan menuai.

Ahli parlimen PH dan pimpinan utama turut hadir.Ahli parlimen PH dan pimpinan utama turut hadir.Pakatan Harapan juga mencadangkan dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) digunakan bagi merapatkan jurang digital antara kawasan bandar dan luar bandar melalui konkrit yang lebih banyak langkah jangka panjang seperti penyediaan liputan telekomunikasi yang lebih baik, internet komuniti dan pusat-pusat pembelajaran.

Selain itu juga, Belanjawan Alternatif itu juga menawarkan pengangkutan awam bandar yang lebih baik bagi mengatasi kesesakan lalu lintas dan bangunan pencakar langit.

Bagi perumahan awam pula, PH menyokong dasar perumahan awam yang menjurus ke arah mereka yang miskin menjadi pemilik rumah, bukan sebagai penyewa semata-mata.

PH berpandangan, harga perumahan boleh dikawal jika kerajaan negeri mengekalkan kawalan atas pembangunan dan pengurusan perumahan awam.

Berkaitan kesihatan pula, PH akan memastikan kemampanan tenaga kerja dengan menangani kekurangan dalam penempatan housemanship selain mencadangkan hospital swasta membuka tempat untuk pelatih bidang kesihatan.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...