TERKINI :

Wednesday, September 21, 2016

WSJ: Ratusan pekerja Petronas mungkin hilang kerja



Ratusan pekerja Petronas mungkin terpaksa mencari kerja baru tidak lama lagi susulan langkah pengurangan pekerja syarikat gas dan minyak itu.

Memetik sumber, The Wall Street Journal melaporkan Petronas sedang meneliti untuk memotong lebih 700 kerja susulan harga minyak yang terus-terusan rendah.

Ia juga memetik kenyataan Petronas Selasa lalu yang menyebut syarikat itu akan terus menyemak semula strategi perniagaan dan tahap-tahap perjawatan untuk menyesuaikan dengan perubahan itu.

“Amalan transformasi” itu melibatkan keseluruhan kumpulan Peronas, termasuk di peringkat anak syarikat.

“Lebih banyak maklumat akan didedahkan pada masa yang sesuai,” Petronas dilaporkan sebagai berkata.

Syarikat itu pada Mac lalu mengumumkan bahawa lebih 1,000 kerja bertindih bawah amalan transformasi itu dan usaha sedang dilakukan untuk menempatkan semula pekerja-pekerja terjejas.

Menurut WSJ, Petronas mempunyai 53,000 pekerja setakat penghujung tahun lalu, berdasarkan laporan tahunannya.

Pada Ogos lalu, sebanyak 96 peratus keuntungan Petronas berkurangan pada suku terakhir susulan harga minyak yang murah.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...