TERKINI :

Sunday, September 18, 2016

Sungai Petani - Mohon bantuan tampung kos bedah anak

Mohon bantuan tampung kos bedah anak

SUNGAI PETANI – Pasangan suami isteri dari Kampung Hilir, Merbok, dekat sini memohon bantuan orang ramai bagi menampung kos pembedahan anaknya berusia tujuh bulan yang mempunyai masalah pendarahan otak.

Mohamad Jefri Saad, 23, berkata, anaknya, Nur Zahira Humaira disahkan mengidap penyakit itu ketika berusia tiga bulan dan pernah menjalani dua kali pembedahan sebelum ini bagi membuang darah di otak.

Menurutnya, anaknya itu adalah anak kembar, namun pasangannya, Nur Zahira Qaisara sudah meninggal dunia pada 30 Ogos lalu di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani kerana paru-paru kronik.

"Anak kembar saya ini lahir pada 20 Januari lalu, namun arwah Qaisara terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan sepanjang masa dan dimasukkan ke Neonatal Intensive Care Unit (NICU) sejak lahir kerana ada masalah pada paru-paru," katanya.

Mohamad Jefri berkata, kini anaknya itu perlu dibedah lagi bagi membuang selaput.

"Kali pertama Humaira dibedah ketika berusia tiga bulan dan kali kedua pula pada usia lima bulan, dikatakan untuk tujuan sama.

"Untuk kali ketiga pula, Humaira dijangka akan menjalani pembedahan pada 25 September ini di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar," katanya.

Dia yang bekerja di sebuah kilang di Gurun dengan pendapatan kira-kira RM1,000 sebulan, berharap bantuan orang ramai bagi menampung kos pembedahan anaknya itu.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...