TERKINI :

Thursday, September 15, 2016

SKANDAL 1MDB - KE MANA KITA?

Sudah masuk lebih kurang 3 tahun skandal 1MDB memanaskan negara. Samada masyarakat Malaysia ambil tahu secara detail atau sepintas lalu, skandal 1MDB sememangnya diketahui. Sebut saja 1MDB orang Malaysia umumnya tahu.

Saban hari tidak kiralah siapa yang mendedahkan samada pimpinan parti politik pembangkang khususnya DAP, KeADILan atau Amanah, pimpinan masyarakat tidak berparti, pimpinan NGO, sehingga ahli-ahli Umno dan bekas ahli serta pimpinan Umno, skandal 1MDB terbuka luas. Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara Parlimen turut mendedahkan perkara yang sama.

Agensi berita asing seperti Wall Street Journal, Sarawak Report dan lain-lain juga turut mendedahkan bagaimana 1MDB diseleweng. Jabatan Keadilan Amerika Syarikat mengambil langkah lebih ke depan dengan membuat permohonan menyita dan merampas aset yang diperolehi daripada wang/dana 1MDB milik warga Malaysia.

Akhirnya kita disajikan dengan tindakan saman oleh beberapa warga Malaysia yang memfailkan saman meminta segala hasil 1MDB yang diseleweng dikembalikan.

Kita sudah agak muak dengan pendedahan demi pendedahan tetapi tiada penghujung. Apa lagi yang bakal didedahkan, itulah persoalan yang berlegar difikiran kita. Sanggupkah lagi kita baca dan dengar lebih banyak pendedahan penyelewengan duit kita yang mereka kendalikan.? Adakah kita hanya suka, seronok dan hanya mahu mendengar pendedahan demi pendedahan?

Apa tindakan kita?

Laporan demi laporan telah dibuat samada kepada Polis, SPRM mahu pun Bank Negara. Kerajaan yang menjaga 1MDB pernah suatu ketika menubuhkan suatu Jawatankuasa Siasatan Khas 1MDB yang dianggotai oleh Ketua Polis Negara, Peguam Negara, Gabenor Bank Negara dan Pesuruhjaya SPRM tetapi akhirnya tiada apa yang berlaku melainkan pemecatan Peguam Negara, pemberhentian Gabenor Bank Negara dan perletakan jawatan Pesuruhjaya SPRM. Malah mereka bertiga dituduh pula bersekongkol dengan negara asing menjatuhkan Kerajaan dan menggulingkan Perdana Menteri.

Pihak Polis khabarnya sudah selesai menyiasat tetapi apa hasilnya tidak diketahui. Tipikal Polis Malaysia.

Semua yang disebutkan di atas sudah tidak boleh diharapkan. Tidak boleh dijadikan tempat bergantung bagi menjaga kepentingan negara dan kita. Siapa lagi yang akan menjaga kita jika bukan kita?

Tindakan yang kita perlu dan WAJIB lakukan ialah nyahkan seluruh kepimpinan Malaysia yang ada sekarang. Seluruh kepimpinan bermula dari Perdana Menteri sehinggalah Ketua-Ketua Bahagian Umno yang bersekongkol dengan mereka. Semua mereka petualang.

Tindakan kita ialah bersama bersepakat tumbangkan mereka UMNO/BN di dalam Pilihanraya Umum Ke-14 nanti.

Tumbangnya mereka, segala kejahatan yang mereka lakukan di dalam skandal 1MDb akan dipertanggungjawabkan. Kita akan pastikan semua yang terlibat tak kira sekecil mana sehingga sebesar badak akan dipertanggungjawabkan.

Selagi mereka ada, selagi itu kita hanya akan dengar, dengar dan dengar sehingga meletup gegendang telinga tapi mereka masih bersuka ria.

Inilah tindakan kita dan hala tuju kita.

JATUHKAN UMNO/BN dan SEMUA YANG BERSAMA MEREKA.

BNERANI BERUBAH - TERUS BERUBAH.

ZULHAZMI SHARIFF
15 September 2016
13 Zulhijjah 1437

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...