TERKINI :

Tuesday, September 13, 2016

Saya tak rayu kembali pada Umno, kata bekas pemimpin dipecat

Adam Abu Bakar

PETALING JAYA: Pemimpin Umno yang dipecat menafikan kenyataan yang ada antara mereka mahu menyertai semula parti itu semula walaupun pernah ditawarkan berbuat demikian dengan membuat rayuan sebelum ini.

Bekas ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng Datuk Hamidah Osman berkata sepanjang pengetahuannya tiada bekas ahli Umno yang merayu untuk bersama parti itu lagi. “Setahu saya semua yang dipecat, yang saya kenali membuat keputusan untuk tidak merayu. Daripada apa yang kita tengok sekarang, mereka yang dalam proses untuk dipecat, sudah dari awal isytihar keluar dari Umno.

“Malah saya sendiri pernah ditawar agar merayu, tetapi saya buat keputusan lebih rela untuk tidak bersama Umno yang ada pada hari ini,” katanya kepada FMT. Semalam, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tanpa menyebut nama mendakwa ahli yang dipecat Umno berhasrat kembali ke pangkuan parti Melayu itu.

Katanya, ramai ahli Umno mendakwa tindakan yang diambil ke atas mereka tidak adil termasuk dakwaan bekas timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan Majlis Tertinggi (MT) Umno memecatnya tanpa mengikut prosedur. Dalam pada itu Hamidah percaya dengan keadaan semasa yang berlaku dalam Umno, lebih ramai ahli dan pemimpin Umno akan keluar dari parti itu.

“Trend sekarang ramai pengerusi wanita, pengerusi tetap mengambil keputusan mengumumkan keluar Umno. “Jadi saya rasa, apa yang dikatakan Ku Nan adalah tidak betul. Cuma kalau ada, kita minta dia senaraikan nama yang merayu ” katanya.

Tahun lalu, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno mengumumkan pemecatan Hamidah. Najib berkata bekas exco kerajaan negeri Perak itu didapati bersalah kerana melanggar disiplin parti.

Pada 10 September, pengasas Umno Bahagian Gelang Patah, Datuk Baharom Abdul Ghani mengumumkan keluar parti ketika menyampaikan ucapan pada mesyuarat perwakilan bahagian dengan mendakwa sebahagian besar kepimpinan Umno yang ada sekarang tidak menerima kenyataan sebenar akibat daripada krisis dihadapi Umno.

Tindakannya itu disusuli Timbalan Ketua Umno Bahagian Kulai, Tosrin Jarvanti yang juga pegawai khas kepada Muhyiddin turut mengumumkan keluar parti pada Sabtu. pautan:

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...