TERKINI :

Saturday, September 3, 2016

Rafizi jadikan kebajikan pesara tentera agenda utama

rafizi ltat

PETALING JAYA: Rafizi Ramli akan menjelajah ke kem tentera utama seluruh negara untuk bertemu dan berdialog dengan perajurit negara, sebelum nasibnya nasibnya diputuskan mahkamah beberapa bulan lagi.

Disaman Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) kerana kenyataannya mengenai bayaran gratuiti kepada pesara tentera, Setiausaha Agung PKR itu berkata nasib pesara masih belum berubah sejak saman dibuat terhadapnya 12 Ogos lalu.

"Saya telah ditahan, dibicarakan dan berdepan dengan hukuman penjara mandatori akibat membawa isu ini," kata Rafizi, yang menambah pihaknya terus menerima aduan kelewatan pembayaran melalui borang bitly.com/pesaratentera.

"Alasan yang diberikan oleh LTAT atau UGAT samalah seperti cuba mencuci tangan tanpa menyelesaikan masalah ini. Dividen LTAT bagi tahun 2015 adalah yang paling rendah sejak dalam sejarah," katanya.

Menurut Ahli Parlimen Pandan itu, program yang dinamakan Hargai Perajurit: Misi Angkat Kebajikan Perajurit turut memenuhi jemputan kumpulan pesara tentera yang mahu berdialog bersamanya.

Jelas Rafizi, selain membincangkan isu kebajikan veteran, beliau juga akan mendedahkan keadaan pangkalan dan kemudahan tentera yang terabai atau dikomersilkan dan prospek pelaburan jangka pendek dan sederhana LTAT.

"Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein tidak pernah memberi maklumbalas mengenai perkara-perkara ini setiap kali saya menimbulkannya," bidas Rafizi dalam kenyataannya.

Dalam penyataan tuntutannya, LTAT mendakwa Rafizi mengeluarkan kenyataan, yang secara tidak langsung atau secara sindiran, menuduh lembaga itu tidak menjaga faedah, kebajikan dan tidak mempunyai wang untuk membayar pesara.

Mahkamah menetapkan 12 Okt untuk pengurusan kes itu.

Menurut Rafizi, dialog pertama misinya akan diadakan di Setiawangsa, Kuala Lumpur pada 7 Sep depan, bersama Laksamana (B) Imran Abdul Hamid, Brig Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Khattab dan Ketua Angkatan Muda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad.

Rafizi menganggarkan setiap tahun secara purata 5,000 askar akan tamat perkhidmatan, diatas 450,000 veteran sedia ada.

"Jika setiap veteran mempunyai keluarga (isteri dan anak-anak) seramai 4 orang, maka terdapat sekitar 1.8 juta pengundi yang rata-ratanya Melayu dari kalangan veteran tentera."

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...