TERKINI :

Wednesday, September 21, 2016

Rafizi dakwa rakyat tolak cadangan naik taraf Taman Tugu

 http://images.says.com/uploads/story_source/source_image/402925/4a69.jpg
Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mendedahkan dapatan kajiselidik yang dilakukannya untuk mengukur sentimen awam mengenai cadangan menaik taraf Taman Tugu yang dianggarkan bernilai RM650 juta ditolak majoriti responden dalam undian  dijalankan.

Tanpa menyatakan mana-mana agensi atau badan kajiselidik yang dipertanggungjawabkan Rafizi merumuskan, dapatan daripada 1,049 responden sejumlah 95 peratus  (985 undian) daripada responden  tidak bersetuju dengan cadangan menaik taraf Taman Tugu.

Manakala 95peratus (992 undian) responden yang telah membaca penjelasan Ketua Pegawai Eksekutif Khazanah Tan Sri Azman Mokhtar tidak berkeyakini dengan penerangan yang diberikan.
Kajiselidik  Taman TuguKajiselidik Taman Tugu
"Saya percaya mesej itu jelas bahawa rakyat menolak projek Taman Tugu ini, ujarnya.

Rafizi  berkata, seramai 56 orang telah mendaftar sebagai sukarelawan untuk menyertai pasukan penyelidik kos yang terdiri dikalangan jurutera, juru ukur bahan, arkitek dan lain-lain.

Justeru Naib Presiden PKR ini bercadang untuk mengambil langkah menulis surat kepad Azman untuk mengemukakan dapatan kajiselidik yang dilakukannya.

"Memohon satu perbincangan rasmi di antara ahli-ahli parlimen Pakatan Harapan dan wakildari pasukan penyelidik kos.

"Menyatakan kesediaan kami untuk menandatangani non-disclosure agreement (perjanjian kerahsiaan) untuk membolehkan kami meneliti secara terperinci skop kerja untuk membuat anggaran yang bebas

"Mendapatkan maklumbalas awam untuk membangunkan satu cadangan naiktaraf alternatif yang tidak menelan belanja sedemikian untuk dikemukakan kepada Khazanah

"Saya percaya Tan Sri Azman Mokhtar prihatin dengan pandangan umum terhadap Khazanah dan akan menyampaikan perkara ini kepada Datuk Seri Najib Razak, sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Khazanah," ujarnya dalam satu kenyataan.

Melihat kepada dapatan kajiselidik yang dilampirkan kepada media, responden yang tidak bersetuju Taman Tugu itu dibina mewakili sejumlah 992 responden.

Daripada jumlah itu responden tidak bersetuju kerana berpendapat Wang sepatutnya dibelanjakan bagi tujuan kebajikan rakyat yang lain (712 undian), projek ini untuk kumpulkan dana/mengaut keuntungan bagi pihak berkepentingan (205), Taman sedia ada sudah baik (82) dan sebab-sebab lain (50).
Kajiselidik Taman TuguKajiselidik Taman Tugu

Pada4 September lalu, Perdana Menteri  Datuk Seri Mohd  Najib Razak melancarkan projek Taman Tugu, satu inisiatif memulihara taman hutan hujan di Kuala Lumpur.

 Projek pemuliharaan itu membabitkan tapak seluas 26.7 hektar yang terletak di belakang Tugu Negara yang mana akan memulihara 1,000 batang pokok hutan hujan serta penanaman kira-kira 5,000 batang pokok baharu. Projek Taman Tugu ini adalah kerjasama awam-swasta-masyarakat madani antaranya membabitkan Khazanah Nasional Bhd dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...