TERKINI :

Wednesday, September 7, 2016

Pindaan RUU 355 : Perkara itu belum dibahas macam mana nak sokong usul tersebut..? - Mujahid

 https://farm1.staticflickr.com/563/21421292872_cc96312ea0_z.jpg
Baru-baru ini, Naib Presiden Amanah, Datuk Mujahid Yusuf Rawa dibidas PAS sebagai “tidak beradab” selepas beliau dilapor mempertikai kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad yang mewajibkan umat Islam menyokong usul Hadi itu.

Datuk Mujahid berkata, kenyataan Zulkifli itu dibuat dengan tidak melihat secara menyeluruh kerana RUU 355 atau Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) pindaan 2016 masih belum diperincikan di Dewan Rakyat.

“Saya hairan juga dengan mufti ini. Ini isu legislatif ada prosedurnya. Sebagai ahli legislatif, kita berbahas atas fakta, kerangka prosedur, Perlembagaan dan sebagainya. Bagaimana kamu buat pendirian tanpa kamu dengar apa Marang (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) bentang lagi?

“Isu sebenarnya ialah pertama dia (mufti) minta ahli Parlimen Islam wajib sokong (usul RUU355), saya menjawab bagaimana saya boleh menyokong sesuatu sedangkan benda itu tidak dibahas lagi.

“Sebagai seorang mufti dia harus kena faham peraturan parlimen, kalau dia orang awam saya tidak kisah.

Secara umumnya saya tidak menidakkan apa yang mufti cakap, tetapi perkara itu belum dibahas macam mana nak sokong.

“Lepas bentang usul itu kena bahas, bahas itu tidak semestinya saya menolak dan bahas itu juga tidak semestinya saya menerima bulat-bulat apa yang diminta, tidak pernah terkeluar dari mulut saya perkataan menolak tetapi perlu teliti dahulu,” katanya.

Mujahid berkata tidak perlu terlalu emosi menyalahkan pihak yang tidak menyokong RUU 355 dan menuduh mereka menentang Islam kerana isu tersebut terlalu teknikal. (Sila baca RUU 355: Jangan guna kedudukan keluar hukum wajib)

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...