TERKINI :

Tuesday, September 13, 2016

Pemimpin MCA cabar Nazri tunjuk bukti dirinya bongkak

ti-2

PETALING JAYA: Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker mencabar Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz agar membuktikan dirinya bongkak.

Ini ekoran teguran beliau sebelum ini supaya BN terutamanya Umno mengimbangi politik dan bukan hanya fokus kepada pengundi luar bandar kerana ia tidak bagus untuk perjalanan politik kerajaan pemerintah.

"Dia (Nazri) kena tunjuk di mana saya bongkak. Kalau setakat MCA menegur BN supaya mengimbangkan politik dengan menarik pengundi kampung dengan bandar, itu bukan bongkak namanya.

"Kenyataan saya itu satu hujah, kita cuma ajak berhujah bukan menghentam atau menghina sesiapa, sebaliknya demi kebaikan dan ingin memartabakan BN.

"Apabila saya kata jangan sekadar menang di kampung, bukan bermakna kita tidak mahu menang di kampung tetapi di kampung kita mahu menang dengan pengundi bandar pun kita mahu menang.

"Kalau kita tak menang di kampung kita bimbang kedudukan BN akan terancam dan ia tidak bagus untuk perjalanan masa depan politik BN," katanya kepada FMT.

Terdahulu, Nazri dipetik berkata, mereka yang "besar" boleh mendisiplinkan mereka yang "kecil" merujuk kepada kedudukannya dalam BN kepada Ti.

"Saya bongkak sombong kerana anak kapal saya sombong. Dalam kapal kita kena ajar disiplin sebab itu saya nak cerita pada dia (Ti) supaya jangan bongkak sebabnya awak kecil. Saya bongkak sebab saya besar saya boleh ajar dia," kata Nazri memetik laporan Malaysiakini.

Nazri berkata demikian menjawab kenyataan Ti menyifatkan beliau sentiasa angkuh dan mengeluarkan kenyataan, "Umno bongkak pun kita menang pilihan raya".

Ketika di tanya berhubung kenyataan terbaru Nazri, Ti berkata, beliau tidak berkecil hati dengan menteri pelancongan itu sebaliknya terbuka untuk menerima teguran demi kebaikan parti selain menganggap ia bukan satu serangan peribadi.


No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...