TERKINI :

Tuesday, September 20, 2016

Nazri Aziz dipersilakan untuk lebih angkuh, sombong dan cakap besaq

Tabik dan tahniah kepada Naib Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Selangor, Mohd Hamidi Abu Bakar yang akhirnya memutuskan keluar daripada parti itu sebagai menyahut cabaran Nazri Aziz terhadapnya.

Pada Mei lalu, Mohd Hamidi meluahkan rasa tidak senangnya terhadap penyingkiran Muhyiddin Yassin, Mukhriz Mahathir dan Shafie Apdal daripada UMNO dengan menyifatkan tindakan itu akan membawa bencana kepada parti.

Nazri Aziz, menteri yang selalu berwatak sombong, angkuh dan suka cakap besar sebaliknya menempelak kenyataan Mohd Hamidi itu dengan mencabarnya agar keluar meninggalkan UMNO bersama "tiga pemberontak" tersebut.

Dia boleh lihat sama ada ia boleh membawa bencana atau tidak, kata Nazri lagi.

Mohd Hamidi berkata, tindakannya keluar UMNO adalah selaras dengan cabaran Nazri sebelum ini yang seperti menghalaunya agar meninggalkan parti itu.

Untuk itu, Nazri dipersilakan untuk terus lebih angkuh dan sombong dalam kenyataan-kenyataannya. Beliau  juga harus mencabar lebih ramai pemimpin yang tidak sedia jadi "pak angguk" agar meninggalkan UMNO dengan segera.

Jika Mohd Hamidi sudah menyahut cabarannya, adalah "tidak jantan" jika Nazri hanya berdiam diri atau tidak berani  lagi mencabar sesiapa selepas ini. (SH 18/09/2016)

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...