TERKINI :

Tuesday, September 20, 2016

Mursyidul Am Pas, Ahmad Yakob?

Ahmad Yakob

KOTA BHARU - Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob akan dilantik sebagai Mursyidul Am bagi menggantikan Allahyarham Datuk Haron Din.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, kemungkinan itu berdasarkan amalan parti berkenaan sebelum ini.

Katanya, mengikut sejarah kekosongan jawatan tersebut akan diisi timbalannya, bagaimanapun perkara itu perlu diputuskan melalui Majlis Syura Ulama.

"Amalam ini diikuti sejak Yusof Rawa menjadi Mursyidul Am, sekiranya berlaku kematian, timbalannya akan naik sebagai Mursyidul Am.

"Pun begitu, keputusannya perlu mendapat persetujuan 15 ahli (Majlis Syura Ulama) termasuk Presiden dan Timbalan Presiden Pas," katanya ketika ditemui di Mahkamah Kota Bharu, di sini, tadi.

Menurutnya, setakat ini belum ada tarikh bila-bila mesyuarat berkenaan akan diadakan dan jawatan itu kini dipangku Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan.

"Buat masa ini, tidak kedengaran nama lain untuk diangkat sebagai Mursyidul Am dan bila mesyuarat perlantikan untuk diadakan juga belum diputuskan," katanya.

Haron,76, meninggal dunia pada jam 10.10 pagi, Jumaat lalu (waktu Malaysia) di Hospital Stanford University, San Francisco, Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...