TERKINI :

Monday, September 19, 2016

‘MB Kedah terima manfaat terbesar persempadanan semula’

ULASAN l Persempadanan semula sempadan kerusi yang dicadangkan oleh SPR akan memberi kesan kepada 13 kerusi negeri di 7 kawasan Parlimen di Kedah.

Kerusi-kerusi dewan undangan negeri yang terlibat ialah Kuah, Ayer Hangat, Derga, Bakar Bata, Kota Darul Aman, Alor Mengkudu, Anak Bukit, Kubang Rotan, Pengkalan Kundor, Bukit Selambau, Sidam, Merbau Pulas dan Lunas.

Penerima manfaat terbesar dari keseluruhan persempadanan semula di Kedah adalah tidak lain daripada Datuk Seri Ahmad Bashah, Menteri Besar Kedah yang memenangi kerusinya, Bakar Bata dengan majoriti tipis 895 undi pada PRU lalu.

SPR telah mencadangkan untuk memindahkan keluar 1,785 pengundi yang terdiri daripada 63 peratus pengundi bukan Melayu di kawasan MB, dan memasuki 1,365 pengundi yang terdiri daripada pengundi Melayu 91 peratus daripada kerusi DUN itu bersebelahan Anak Bukit ke dalam kerusi MB.

Tiada penjelasan diberikan oleh SPR untuk pemindahan pengundi-pengundi sewenang-wenangnya mengikut kaum di kerusi MB, yang kelihatan dibuat hanya untuk meletakkan MB dalam kedudukan yang lebih selamat untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

Cadangan lain oleh SPR kelihatan disasarkan kepada kerusi yang dimenangi pembangkang dengan majoriti tipis dengan memindah keluar pengundi bukan Melayu dari kerusi-kerusi.

Sebagai contoh, di kerusi Alor Mengkudu, SPR telah mencadangkan untuk memindahkan keluar daerah mengundi yang mempunyai jumlah tinggi pengundi bukan Melayu seramai 2,186 pengundi, dan memasuki 1,188 pengundi, yang terdiri daripada pengundi Melayu 77.5 peratus daripada kerusi DUN Pengkalan Kundor.

Di kerusi Bukit Selambau dimenangi oleh PKR dengan majoriti tipis 530 undi, SPR telah mencadangkan untuk memindahkan 8,145 pengundi dari daerah mengundi Taman Ria Jaya yang terdiri daripada 52 peratus pengundi bukan Melayu.

Di kerusi Merbau Pulas dimenangi oleh PAS dengan majoriti 633 undi, SPR telah cadangkan untuk memindahkan keluar daerah mengundi dengan peratusan pengundi bukan Melayu tinggi berjumlah 3,838 untuk meningkatkan peratusan pengundi Melayu di kerusi itu.

Kecuali apa yang kelihatan mensasarkan kerusi yang dimenangi pembangkang dengan memindahkan pengundi perkauman, SPR tidak membuat apa-apa cadangan jua di Kedah untuk menangani kritikan awam terhadap pembahagian "malapportionment" kerusi tidak adil yang melanggar prinsip sejagat satu pengundi, satu undi dan satu nilai.

Sebagai contoh di bawah cadangan SPR baru, kita mempunyai kerusi DUN seperti Lunas dengan 44,938 pengundi, yang mempunyai lebih daripada dua kali ganda bilangan pengundi berbanding Kota Darul Aman, yang terletak di ibu kota Alor Setar, dengan hanya 21,480 pengundi.

Malah kerusi DUN Lunas mempunyai lebih ramai pengundi daripada kerusi-kerusi Parlimen tertentu seperti Padang Terap dengan 42,877 pengundi dan Langkawi dengan hanya 37,645 pengundi, di mana wakil rakyat ADUN akan dikehendaki untuk berkhidmat untuk lebih ramai pengundi daripada ahli-ahli parlimen.

Sebaliknya kita mempunyai kawasan Parlimen besar yang tidak berjustifikasi dengan wajaran pengundi yang tidak sama rata seperti Sungai Petani (101,829 pengundi), Baling (94,809 pengundi) dan Kuala Kedah (91,478 pengundi) berbanding Padang Terap (42,877 pengundi), Sik (47,045 pengundi) Jerlun (51,718 pengundi), Kubang Pasu (65,893 pengundi) atau Alor Setar (73,687 pengundi).

Rakyat Malaysia tidak seharusnya ditipu lagi menerusi penipuan pilihan raya dan manipulasi persempadanan semula memihak satu pihak seperti yang disaksikan kami dalam PRU ke-13 di mana pembangkang telah mendapat 51 peratus undi popular tetapi hanya memenangi 40 peratus kerusi parlimen.

Oleh itu saya menyeru rakyat Kedah untuk keluar sepenuhnya memberi sokongan kepada konvoi BERSIH 5 yang akan bermula di Kangar pada 1 Oktober ini yang akan menuju ke arah selatan melalui Alor Setar dan kawasan lain di Kedah untuk membantah pengekalan amalan terkini SPR yang sama sekali tidak demokratik dan tidak adil dalam merangka sempadan pilihan raya.

GOOI HSIAO LEUNG adalah ahli parlimen Alor Setar merangkap timbalan pengerusi PKR Kedah dan ahli majlis pimpinan pusat PKR.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...