TERKINI :

Saturday, September 17, 2016

Mat Sabu sedia lepas jawatan Presiden Amanah dan serah kepada Husam

KOTA BHARU: Selepas setahun Parti Amanah Negara (Amanah) ditubuhkan, presidennya Mohamed Sabu sedia melepaskan jawatan dan menyerahkannya kepada bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa.

Mohamed yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu menegaskan beliau menyerahkan isu tersebut kepada Ahli Jawatankuasa dan ahli Amanah untuk memutuskan perkara berkenaan.

Ujar beliau, perkara tersebut akan dibincangkan dalam Kongres Agong Amanah yang akan diadakan tidak lama lagi.

"Itu serah kepada mesyuarat agong kitalah, kongres agung, pemilihan setiap tahun ada.

"Bila masa pun boleh, saya bersedia; saya tak ada masalah untuk serahkan kepada sesiapa yang dipilih dalam perhimpunan penuh parti," katanya kepada Astro AWANI.

Mohamad juga enggan mengulas pendapat yang mengatakan penyertaan Husam ke Amanah tidak memberi implikasi besar.

Sementara itu Mohamed juga tidak menolak pendapat sesetengah pihak yang mengatakan golongan muda lebih cenderung menyertai parti baharu seperti Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

"Anak muda ni saya rasa yang tak berparti akan pilih yang baharu, sama ada Amanah atau Bersatu," katanya lagi.

Beliau menjelaskan Amanah kini giat mendaftarkan ahli baharu di seluruh negara dan setakat ini lebih 50 ribu telah mendaftar untuk menganggotai parti itu.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...