TERKINI :

Thursday, September 15, 2016

Malang sungguh kolonel kehormat APM apabila lembu korban beliau ditolak oleh APM sendiri.

Lembu keluar APM, daging korban masuk balik

Zulaikha Zulkifli

Selepas ditolak oleh Angkatan Pertahanan Awam (APM) Air Keroh, Melaka semalam, Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin hari ini “menjemput” kembali lembu korban yang disumbangkannya.

Katanya, susulan pembatalan majlis korban tersebut, sebuah majlis korban lain diadakan bersama penduduk-penduduk Kampung Tun Razak di kawasan parlimennya di Bukit Katil pada hari ini.

Bagaimanapun, tidak melupakan warga APM, sebanyak 20kg daging korban diedarkan kembali kepada warga APM.

"Sudah jemput (lembu) dan dikorbankan bersama penduduk-penduduk Kampung Tun Razak, Bukit Katil.

“Saya agihkan juga 20 kilo daging lembu kepada anggota APMM," katanya kepadaMalaysiakini.

Semalam, Shamsul berkata pembatalan ibadah korban di kompleks APMM di saat-saat akhir mendukacitakan.

Beliau kolonel kehormat pasukan berkenaan turut mempersoalkan sama ada pembatalan acara itu mempunyai kaitan dengan politik.

Sementara itu, beliau hari ini terus mendesak APM terutama menteri bertanggungjawab Datuk Seri Shahidan Kassim memberi jawapan berhubung pembatalan majlisnya semalam.

"Menteri Shahidan Kassim belum beri sebarang jawapan. Saya desak beliau (Shahidan) untuk berikan jawapan.

“Apa makna penganugerahan jawatan kolonel kehormat kalau tidak boleh melakukan aktiviti bersama," katanya lagi.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi pihak terbabit dalam isu itu.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...