TERKINI :

Wednesday, September 7, 2016

Liberalism wujud sebab Eksreamism Beragama itu wujud

Dan begitu lah sebaliknya. Kedua-duanya saling mendukung kewujudan masing-masing. Selagi masyarakat kita tidak mampu untuk menyeimbangkan keadaan mengikut realiti sosio-politik semasa tempatan, selagi itulah dua kelompok tersebut akan terus wujud dan sering berlawanan.

Dalam masyarakat yang begitu majmuk di era pasca khalifah dunia tanpa sempadan hari ini, jika kita mengketengahkan pegangan kita semata-mata terutama supaya pihak lain ikut dan hormat, tanpa ada sedikit kompromi dan toleransi, maka kita sebenarnya akan melahirkan sentimen ketaksuban atau fahaman yang terlampau fanatik ke atas apa yang kita percaya. Dan ia kelak akan ditentang oleh pihak yang berlawanan, di mana pihak tersebut juga akan jadi makin berani, makin terdesak serta makin agresif dengan pendekatannya.

Kesimpulannya, kita akan menjurus ke arah konflik perbezaan agama, budaya dan politik jika berterusan tidak mahu faham bahawa keseimbangan dan kesederhanaan itu penting dalam sebuah negara yang ultra majmuk seperti Malaysia ini.

Sebab itu sebelum kita lanyak Melayu liberal seperti Siti Zabedah Kasim yang tunjuk isyarat lucah tersebut, kita juga sepatutnya mengecam sekeras-kerasnya watak Melayu arabisasi yang sedikit sebanyak memaparkan gaya dan budaya Timur Tengah tetapi gemar beretorik guna ayat-ayat agama, gemar fokus kepada isu-isu sampingan seperti tugu burung helang, pokemon go dan perkara-perkara remeh yang ada kalanya bersifat khilafiah, yang mana isu tersebut wujudnya pendapat yang lebih ringan tetapi dia sengaja ketengahkan pendapat yang lebih ketat sehinggakan ada yang sanggup hukum-menghukum dan lebel-melebel secara tidak cermat hingga boleh menjerumuskan seseorang tersebut ke arah sifat Khawarij seperti ISIS.

MOHD AZIM,
seorang marhaen yang memerhati.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...