TERKINI :

Friday, September 23, 2016

Kuala Muda - Banjir : Kesemua pusat pemindahan di Kedah ditutup

Banjir

ALOR SETAR - Kesemua enam pusat pemindahan di daerah Kuala Muda yang dibuka ekoran banjir akibat fenomena air pasang besar ditutup petang ini.

Pegawai Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kuala Muda, Leftenan Muda Pertahanan Awam Azahar Ahmad berkata, sebanyak 1,021 mangsa daripada 251 keluarga telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pada 4 petang tadi.

"Semua mangsa dibenarkan pulang selepas air banjir mulai surut," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Pusat pemindahan tersebut ialah Sekolah Kebangsaan Seri Kuala; Dewan Kampung Paya; Surau Kampung Sungai Yu; Rumah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Sungai Meriam, Dewan Telok Amboi dan Pusat Komuniti Sihat Perkasa Negara Kampung Sungai Pial. - Bernama

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...