TERKINI :

Wednesday, September 21, 2016

Kota Kuala Muda - Exco Kedah : Naik taraf ban pantai cecah RM16j

Naik taraf ban pantai cecah RM16j

KOTA KUALA MUDA - Sebanyak RM16 juta diperlukan bagi kerja-kerja menaik taraf ban pantai sepanjang enam kilometer yang terjejas teruk akibat hakisan yang berfungsi sebagai penghadang ombak sekiranya air pasang berulang.

Exco Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan, Datuk Badrul Hisham Hashim berkata, pihaknya akan merayu kerajaan persekutuan bagi tujuan mendapatkan dana berkenaan.

"Saya dah bincang dengan Adun Pantai Merdeka supaya merayu ke kerajaan pusat agar dapat membantu menyelesaikan masalah ini kerana bimbang kalau tak dapat diselesaikan, ia memberi kesan lebih teruk.

"Kita juga tidak mahu sekiranya air pasang besar berulang ia akan menjejaskan beberapa buah rumah berdekatan pantai akibat hakisan yang drastik," katanya ketika melakukan lawatan ke lokasi kejadian air pasang besar luar biasa di Kota Kuala Muda, hari ini.

Menurutnya, selain daripada fenomena air pasang besar, hakisan pantai yang kritikal juga menjadi punca limpahan air ke kawasan perkampungan sehingga menjejaskan lebih 700 mangsa di lima buah kampung dekat Kota Kuala Muda.

Fenomena itu dilaporkan berlaku sejak Ahad lalu.


No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...