TERKINI :

Monday, September 5, 2016

Inilah jawapan 'menteri' kenapa mereka berjoget masa hari kebangsaan tempohari

Muzik cantik, kamipun goyang badan, kata menteri

 http://s3media.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2016/09/junaidi.jpg
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengakui beliau bersama beberapa menteri kabinet berjoget secara spontan.

Katanya, ini kerana muzik yang dimainkan pada majlis sambutan Hari Kemerdekaan ke-59 di Dataran Merdeka, Selasa terlalu mengasyikkan.

“Bila muzik itu cantik, feel good, perasaan itu pun ada. Jadi, orang respon kepada muzik yang rancak.

“Itu sahaja, tiada apa-apa pun,” katanya yang dpetik oleh portal Free Malaysia Today (FMT).

Namun Wan Junaidi mendakwa bahawa beliau tidak ingat sama ada Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali turut serta atau tidak.

“Saya tidak lihat tapi saya tahu ada empat atau lima menteri yang respon kepada muzik itu. Saya tahu itu, kerana saya sendiri goyang badan juga,” katanya.

Sebelum ini peguam bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Haniff Khatri Abdulla memuat-naik klip video yang memaparkan seseorang individu yang mirip Apandi menari bersama sekumpulan menteri dan mempersoalkan tingkah laku itu.

Katanya, tindakan Apandi memakai pakaian sama seperti dikenakan menteri ketika itu sekali gus menampilkan “tingkah laku boleh dipersoal” berhubung kemungkinan konsep dan prinsip keadilan asasi.

Kata Haniff, dalam konsep itu, keadilan bukan sahaja dilakukan, namun hendaklah nampak dilakukan dan perhubungan peguam negara hendaklah pada tahap profesional tertinggi.

Turut kelihatan dalam klip itu ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Azalina Othman Said dan Nancy Shukri, serta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Maximus Ongkili.

Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata tindakan berjoget itu bukan sesuatu yang serius kerana ia tidak ada kena mengena dengan etika serta kesalahan undang-undang.

“Tiada kaitan dengan etika dan kesalahan undang-undang. Kesemua yang ada di situ terpengaruh kepada muzik. Semua orang, termasuk saya sendiri.

“Jadi, saya tidak melihat apa-apa langsung. Mana-mana yang persoalkan benda itu jadi isu besar, pada saya dia sangat tidak sesuai,” katanya.

Beliau turut menambah kejadian itu berlaku sewaktu Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meninggalkan majlis.

“Muzik itu dirancakkan supaya kita tahu walaupun VVIP sudah balik, acara masih belum habis lagi,” katanya lagi.

Pagi tadi, bekas pemimpin Umno bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menghantar memorandum kepada Pejabat Peguam Negara di Putrajaya bagi menuntut pengunduran Apandi dalam tempoh 24 jam.

Jika tidak, kata Khairuddin, beliau akan mengambil langkah yang perlu bagi memastikan peguam negara digugurkan daripada jawatannya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...