TERKINI :

Tuesday, September 6, 2016

Hospital Pendang kena diteruskan, duit tak cukup bukan alasan..repair tugu negara RM650J boleh...

ALOR SETAR – Rancangan pembinaan Hospital Pendang bernilai RM200 juta yang diluluskan menerusi Bajet 2016 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu diteruskan.

 Bekas Exco Kesihatan Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh berkata, perkara itu penting bagi menampung jumlah pesakit yang terlalu ramai menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.

 “Saya difahamkan rancangan pembinaan Hospital Pendang yang tertangguh sejak sekian lama akan disemak semula walaupun pada sebelum ini Perdana Menteri telah meluluskan pembinaannya.

 “Kita akui semakan itu terpaksa dibuat kerana kerajaan tidak mencukupi duit, tapi kita harap kerajaan dapat teruskan juga projek tersebut,” katanya, semalam.

 Menurutnya, rancangan pembinaan hospital itu juga pernah mendapat perhatian oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

 Ditanya mengenai penjimatan yang akan dilakukan kerajaan, beliau yang juga merupakan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah tidak menolak kemungkinan penjimatan akan dibuat melibatkan pelbagai peringkat dalam projek tersebut akibat kegawatan ekonomi negara yang serius.

Tuanku Abdul Halim semasa titah ucapan perasmian Dun Kedah pada 2011 pernah menzahirkan rasa kesal akibat rancangan untuk membina Hospital Pendang dan Hospital Bandar Baharu masih belum dilaksanakan.

 Titah baginda, rakyat di dua daerah berkenaan menghadapi kesukaran kerana perlu bergerak jauh untuk mendapatkan rawatan daripada hospital di luar daerah tersebut.

 Baginda berharap tindakan susulan dapat diambil bagi menyediakan kemudahan hospital berkenaan.

Difahamkan, rancangan pembinaan Hospital Pendang pada awalnya diumumkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam Bajet 2006.

 Ketika kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), beberapa projek besar termasuk Hospital Pendang terpaksa ditangguhkan akibat kekurangan peruntukan.

 Projek itu kemudiannya dimasukkan pula ke dalam RMK10 menerusi kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI).

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...