TERKINI :

Wednesday, September 21, 2016

Ehhh..!!! Kenapa ROSMAH tolak laa pulak????

Shahbudin Husin,

http://3.bp.blogspot.com/--Vfph1yyrFg/Uq7robUKaEI/AAAAAAAAp9s/pUWhsOBPnnM/s640/Jawapan+Isteri+Perdana+Menteri+Terhadap+Semua+Fitnah4.gif
Mula-mula dikeluarkan kenyataan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Alias Ahmad dan dilaporkan oleh Bernama bahawa Rosmah Mansor akan menerima anugerah "Lead by Example"  oleh Unesco atas sumbangannya membangunkan potensi kanak-kanak melalui program Permata pada 22 September ini di New York.

Tetapi semalam, anugerah itu diberitakan ditarik balik oleh Unesco berikutan timbulnya keraguan mengenai dana yang diterima Permata dan walaupun pihak penganjur tidak menyedari wujud sebarang salah laku, mereka tidak mempunyai cukup masa untuk membuat pemeriksaan.

Hari ini pula, melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri, gambarannya seolah-olah anugerah itu bukanlah ditarik balik, sebaliknya cuma ditangguhkan kepada tahun depan.
 
Menurut kenyataan itu, pada 18 September, wakil tetap Malaysia ke PBB telah menerima email daripada Prof Tudor Parfit, yang mempengerusikan lembaga penasihat akademik jawatankuasa penganjur yang menyebut bahawa anugerah itu akan ditangguh ke tahun 2017 kerana wujudnya "gangguan"  daripada The Wall Street Journal dan New York Times berkaitan penajaan Permata.

Kata kenyataan itu lagi, Rosmah dan Permata bagaimanapun menolak untuk menerima anugerah tersebut bagi mengelak perhatian daripada kerja-kerja membantu kanak-kanak yang dilakukannya selama ini.

Dalam masa yang sama, Pejabat Perdana Menteri juga menyatakan Permata ditaja sepenuhnya di bawah peruntukan kerajaan dan telus, serta laporan tahunannya diluluskan oleh Parlimen.

Apabila Pejabat Perdana Menteri menyatakan Rosmah dan Permata menolak untuk menerima anugerah itu, bermakna namanya masih dicalonkan serta menjadi pilihan untuk diberikan anugerah berkenaan pada tahun depan.

Kenapa Rosmah menolak untuk menerima anugerah itu jika di ketika yang sama dapat membuktikan semua peruntukan Permata adalah daripada sumber kerajaan yang "halal, suci dan bersih"?

Bukankah lebih baik jika Rosmah membuat keputusan menerimanya saja, sekurang-kurangnya dapat membuktikan Permata di pihak yang benar?

Apakah Rosmah merajuk, kecewa dan kecil hati dengan laporan-laporan berita sehari dua ini mengenai dirinya, lalu memutuskan untuk menolaknya sama sekali?

Ahhh...tentu saja keputusan Rosmah itu sesuatu yang amat-amat mengecewakan buat Perkasa, Jamal Md Yunus, Ali Tinju, JASA, blogger berbayar dan lain-lainnya.

Apa kata mereka yang berkenaan bergabung tenaga membuat demo secara aman di depan Seri Perdana menuntut Rosmah menarik balik keputusannya itu? (SH 21/09/2016).

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...