TERKINI :

Monday, September 5, 2016

Dr M, Anwar masa untuk tumbangkan Umno BN


Laman sosial Facebook dan Twitter pemimpin pembangkang hari ini dipenuhi dengan komen-komen ke atas gambar bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersalaman dengan bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah.

Rata-rata mereka mendoakan Mahathir dan Anwar dapat bersatu demi menyelamatakan Malaysia.

Ahli jawatankuasa Amanah Nasional Mazlan Aliman dalam status yang dimuat naik di Facebooknya menzahirkan rasa kagum terhadap Anwar yang disifatkan sebagai berjiwa besar.

Beliau berkata, jika kedua-dua tokoh politik itu bersatu memimpin pakatan pembangkang, BN akan dapat ditewaskan pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 nanti.

“Datuk Seri Anwar menyertai Umno dan kabinet di zaman Dr Mahathir, kemudiannya dipecat. Dizalimi dan dipenjara. Hari ini, Tun hadir ke mahkamah atas sokongan terhadap tentangan Akta MKN yang dibawa DS Anwar.

“Jiwa besar DS Anwar Ibrahim, sangat mengkagumkan!

Jika kedua-dua tokoh besar ini bersatu memimpin Pakatan Pembangkang, BN akan dapat dileburkan pada PRU14,” tulisnya di facebook.

Sementara itu, pengerusi DAP Perak, Ngar Kor Ming di Twitternya berharap Mahathir akan membersihkan nama Anwar yag sekian lama difitnah dan dizalimi.

Beliau juga berkata, semua pihak perlu bersatu untuk menumbangkan Umn BN dan menyelamatkan Malaysia.

“Tun M akkhirnya bertemu dengan DS Anwar. Semua pihak perlu bersatu untuk tumbangkan Umno BN dan selamatkan negara kita.

“Dr M akan bersihkan nama Anwar yang sekian lama ini difitnah dan dizalimi,” tulisnya di twitter.

Bekas ahli Parlimen Balik Pulau dari PKR, Yusmadi yusof pula berkata, walaupun tidak faham apa yang sedang berlaku namun beliau mendoakan yang terbaik untuk Anwar dan rakyat Malaysia.

“Saya tak faham apa semua ini. Tetapi saya mendoakan yang terbaik untuk DS anwar Ibrahim dan rakyat Malaysia,” tulisnya ringkas.

Anwar ke mahkamah hari ini untuk memfailkan tuntutan beliau bagi mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) dari sudut perlembagaan.

Tun Dr Mahathir pula dikatakan datang ke mahkamah bersama para penyokong beliau bagi memberikan sokongan kepada Anwar.

Turut serta datang bersama Mahathir adalah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali, ketua sekretariat Deklarasi Rakyat yang dipengerusikan Mahathir, Datuk Kamarudin Jaffar dan pembantu khas Mahathir, Datuk Seri Khairudin Abu Hassan.

Hubungan antara kedua-dua pemimpin ini sangat teruk sejaka Anwar dipecat dari jawatannya sebagai timbalan perdana menteri pada tahun 1998.

Ia semakin bertambah buruk apabila Anwar mengetuai pembangkang dan mencabar kepimpinan negara di bawah Mahathir.

Namun suasana mula berubah apabila Mahathir mula menyerang kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...