TERKINI :

Thursday, September 15, 2016

Didenda atau penjara, menelefon ketika memandu

mahkamah

KUALA LUMPUR - Gara-gara menggunakan telefon bimbit ketika memandu, seorang bapa dua anak didenda RM300 atau dipenjara tiga hari oleh Mahkamah Trafik di sini, hari ini.

Majistret Noorul Fhaiez Mohd Nayan menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Muhammad Fahmi Mansor, 28, selepas dia mengaku bersalah melakukan kesalahan itu di Jalan Genting Klang, di sini, pada 10.10 pagi, 3 Mac lepas.

Muhammad Fahmi, bekerja sebagai pemandu, membayar denda itu.

Terdahulu, Penolong Pegawai Penguatkuasa JPJ, Azlindayanty Mohd Termizi memohon mahkamah mengenakan hukuman yang setimpal.

Bagaimanapun, Mohamad Fahmi yang tidak diwakili peguam merayu dikenakan denda minimum dengan alasan dia mempunyai dua orang anak yang masih kecil. - Bernama


No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...