TERKINI :

Saturday, September 17, 2016

DAP kesal, sifatkan kenyataan Jeff Ooi tidak sensitif

17 September 2016

KUALA LUMPUR, 17 SEP: DAP menyatakan rasa kesal dengan kenyataan tidak sensitif Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi berhubung kembalinya ke rahmatullah Mursyidul-Am PAS, Allahyarham Datuk Dr Haron Din.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam kenyataannya turut melahirkan rasa kesal terhadap ahli keluarga yang tersinggung dengan kenyatan Jeff di laman sosial Twitter lewat petang semalam.

“Saya ingin memaklumkan bahawa Saudara Jeff telah mamadamkan perkongsian Twitter terbabit.

“DAP turut mengucapkan takziah dan simpati atas kesedihan yang ditanggung ahli keluarga serta rakan-rakannya,” ujar Ahli Parlimen Bagan itu.

Katanya meski sering berbeza pendapat dalam banyak hal politik, DAP yakin dan percaya bahawa Allahyarham telah menyumbang kepada agama Islam.

“Sekali lagi saya menitipkan belasungkawa buat Allahyarham sekeluarga bagi pihak seluruh keluarga besar DAP, dan berharap agar rohnya ditempatkan bersama para orang soleh.”

Guan Eng turut menegaskan bahawa tweet Jeff Ooi itu tidak mewakili pendirian parti. – Roketkini.com

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...