TERKINI :

Monday, September 26, 2016

Dana ‘tauke’ tumbangkan Najib, Umno buat laporan polis, esok

Pemuda Umno akan membuat laporan polis terhadap anak seorang jutawan negara dan proksi sebuah gergasi korporat yang didakwa terlibat dalam gerakan menjatuhkan perdana menteri.

Exconya Datuk Armand Azha Hj Abu Hanifah berkata, berdasarkan maklumat diterimanya, kedua-dua pihak itu dikatakan menjadi penaja untuk “gerakan”itu.

Laporan polis akan dibuat di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di ibu negara pada lewat pagi esok.

“Kehadiran sahabat-sahabat media dan rakan-rakan seperjuangan amatlah dialu-alukan oleh pihak saya,” katanya dalam undangan media hari ini.

Malaysiakini tidak menamakan pihak itu buat masa ini sementara mendapatkan reaksi mereka terlebih dahulu.

Bagaimanapun, kedua-dua individu itu diketahui rapat dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad – pengkritik utama kepimpinan Najib.

Taikun-taikun perniagaan itu menguasai pelbagai kepentingan perniagaan di negara ini, daripada projek pembangunan dan kompleks beli belah kepada hotel.

Sementara itu, Armand ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Beliau berkata akan menyerahkan bahan bukti berupa “beberapa dokumen”.

“Saya harap polis menyiasat segera kerana ia melibatkan keamanan negara kita,” katanya.

Najib dan pendukungnya berulang kali mendakwa Mahathir dan pihak yang mempunyai kaitan dengan bekas perdana menteri itu mahu menjatuhkannya.

Perdana menteri juga menafikan sebarang dakwaan salah laku berkaitan syarikat pelaburan negara 1MDB.

Pada Julai lalu, Naib Pemuda Umno Khairul Azwan Harun telah membuat laporan polis terhadap bekas-bekas pegawai kerajaan tertinggi negara.

Beliau menamakan bekas gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Aktar Aziz, bekas peguam negara Tan Sri dan bekas ketua pesuruhjaya Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...