TERKINI :

Friday, September 23, 2016

Baca perlembagaan dulu, kata Dr M pada Najib

ULASAN Kenyataan Najib adalah kenyataan Najib.

Sebenarnya Perlembagaan Malaysia memperuntukkan berbagai cara untuk menangani masalah yang dihadapi oleh negara, dan ini termasuk penyelewengan oleh perdana menteri.

Bacalah Perlembagaan sebelum membuat kenyataan yang rakyat tidak bertindak berasaskan undang-undang tubuh negara.

Yang benar-benar tidak mengikut undang-undang Malaysia ialah Najib. Tidak ada “rule of law”, pemerintahan mengikut undang-undang, yang di amal oleh Najib.

Jika ada “rule of law” rakyat boleh buat laporan kepada polis berkenaan kehilangan berbilion duit rakyat.

Tetapi apabila laporan polis dibuat, yang membuat laporan di soal, ditahan dan dituduh sabotaj ekonomi dah dihadapkan ke mahkamah.

Peguamnya juga disoal oleh polis, ditahan dan dihadapkan ke mahkamah.

Laporan Bank Negara, SPRM, Juruaudit Negara ditolak bulat-bulat oleh Peguam Negara (AG). Kononnya kerana tidak ada kes terhadap Najib. Tetapi laporan-laporan ini dirahsiakan.

Undi tidak percaya dalam parlimen tidak boleh diadakan kerana ahli parti BN disuap dedak, diugut dan ada yang dipecat. Mereka tidak bebas.

Sekali lagi Najib menidakkan proses undang-undang untuk kesejahteraan rakyat.

Jika Najib berani dan tidak terlibat dengan apa-apa jenayah, kembalilah kepada undang-undang Negara.

Janganlah tegur orang kerana kononnya tidak mengikut undang-undang sedangkan kita sendiri bukan sahaja tidak mengikuti undang-undang tetapi menghalang perjalanan undang-undang.

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD bekas perdana menteri. Tulisan ini dimuat naik kali pertama di blog beliau dengan tajuk asal “Kenyataan Najib”.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...