TERKINI :

Tuesday, September 6, 2016

Amanah sokong RUU 355, minta perincian pihak pembentang

Parti Amanah Negara (Amanah) menyokong segala usaha memperkasakan mahkamah syariah namun memerlukan penjelasan yang terperinci berhubung usul yang dibawa presiden Pas, datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga ahli Parlimen marang.

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata, isi kandungan usul tersebut perlu diperhalusi dari semua segi sebelum mendapat sokongan Amanah.

Beliau yang juga ahli Parlimen Shah Alam berkata, Amanah khuatir terhadap kemungkinan usaha yang ditaja sebagai memperkasakan mahkamah syariah mendatangkan kesan sebaliknya.

“Amanah inginkan satu jawapan yang jelas dan tuntas dari YB Marang terhadap apa yang telah dikemukakan. Jangan diberi jawapan bersifat retorik semata-mata.

“Sekiranya YB Marang tidak mampu memberikan penjelasan yang mantap dan kukuh, berhubung pindaan yang dicadangkan beliau, dikhuatiri cadangan pindaan ini akan dilihat sebagai ‘mainan politik’ semata-mata. Dan tiada yang lebih keji dari menjadikan agama bahan mainan politik,” katanya dalam sidang media di Wisma Amanah Negara di ibu negara hari ini.

Turut bersama dalam sidang media tersebut ialah Ketua Angkatan Wanita Amanah Nasional Dr Siti Mariah Mahmud yang juga ahli Parlimen Kota Raja dan naib ketua Pemuda Amanah Nasional, Wan Anwar Wan Ibrahim.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...