TERKINI :

Wednesday, September 21, 2016

Alor Setar - Bekalan darah tak cukup

Bekalan darah tak cukup

ALOR SETAR - Kedah Medical Centre (KMC) mengambil inisiatif menganjurkan Kempen Derma Darah untuk menampung permintaan bekalan darah di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif KMC, Zabidi Abdul Razak berkata, pihaknya berharap dapat membantu menampung permintaan darah melalui kempen ini.

"Oleh yang demikian, kita laksanakan kempen demi menampung permintaan darah di hospital kerajaan dan swasta dalam negeri ini yang mana ia dilihat meningkat dari tahun ke setahun.

"Kita melihat ia tidak hanya setakat menampung keperluan darah di KMC sendiri tetapi ia merupakan khidmat sosial kepada masyarakat yang memerlukan pemindahan darah," katanya.

Katanya, aktiviti kutipan darah sedemikian juga perlu dipergiatkan di semua hospital kerajaan dan swasta malah ia merupakan aktiviti tahunan sebanyak empat kali setahun KMC.

Menurut Zabidi, dia bersyukur kerana kempen dilaksanakan mereka sedemikian mendapat sambutan dan sokongan dari pelbagai pihak termasuklah staf, tetamu dan pelawat.

Kempen derma darah berkenaan diadakan bersama unit Transfusi dan Hematologi Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) selama lebih tujuh jam demi meningkatkan pendermaan darah.

Turut hadir, Pengarah Perubatan KMC, Datuk Dr Kamaruzaman Ali.


No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...