TERKINI :

Wednesday, September 21, 2016

Ali Tinju dicadang demo depan TV3, Bernama kerana malukan Rosmah


Pemuda Amanah Melaka mencadangkan agar Ali Tinju untuk turun berhimpun bersama kumpulan baju merah bagi menuntut TV3 dan Bernama disaman kerana telah mengaibkan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Ini kerana laporan mereka yang menguar-uarkan kononnya Rosmah akan menerima anugerah daripada Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unesco) adalah tidak benar dan kerana laporan itu juga anugerah oleh pihak lain ditarik balik.

"Ini tidak seharusnya berlaku dalam dunia langit terbuka di mana maklumat boleh diakses dengan mudah. Cuba bayangkan jika pihak kerajaan telah menyewa jet peribadi untuk program tersebut.

"Atau lebih merugikan masa wanita pertama negara untuk mengemas pakaiannya yang kita sedia maklum memerlukan sejumlah beg yang banyak," kata pemimpin muda Amanah Melaka, Muhammad Syafiq Azmi.

Beliau juga secara sinis mencadangkan agar Unesco atau pihak yang bertanggungjawab perlu dibawa ke muka pengadilan dan disiasat kerana memalukan Rosmah.

"Ini kerana mungkin wujud campur tangan Amerika Syarikat yang iri hati dengan orang Melayu dan polisi pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang amat kita cintai," kata penulis itu secara sinis dalam facebooknya.

Rosmah yang dijadualkan menerima anugerah 'Lead by Example' berhubung program Permata Pintar daripada Antiquities Coalition telah dikeluarkan daripada senarai penerima anugerah, lapor Malaysiakini.

Difahamkan Bernama yang melaporkan mengenai anugerah itu pada Sabtu lalu membuat kesilapan kononnya anugerah itu diberikan oleh Unesco.

PERMATA adalah cetusan ilham isteri Perdana Menteri Dauk Seri Najib Razak, yang juga berperanan sebagai penaungnya. Agensi berita nasional itu melaporkan, Rosmah dijadual menerima anugerah itu di Metropolitan Museum of Art pada Khamis ini.

Dalam e-mel kepada media, jurucakap Antiquities Coalition, Andy Beck berkata: "Bercanggah dengan laporan yang silap itu, acara itu bukan acara Unesco dan juga Unesco tidak memberi anugerah itu."

Beck juga berkongsi kenyataan daripada Profesor Tudor Parfitt, seorang sarjana British, dan Felo Royal Historical Society dan pengerusi panel penasihat akademik antarabangsa untuk acara tersebut.

"Jawatankuasa ini mencadangkan supaya program Permata diberi pengiktirafan kerana dilihat mewakili model untuk diteladani di negara-negara lain dengan penduduk berbilang kaum.

"Program yang diasaskan tahun 2007 di bawah naungan Rosmah Mansor, telah pun menerima pengiktirafan atas usahanya untuk membantu golongan muda yang tidak bernasib baik mencari pekerjaan dan mengembangkan potensi mereka," kata Parfitt.

Parfitt berkata berikutan kebocoran maklumat yang tidak tepat berhubung cadangan jawatankuasa itu, organisasi itu telah disoal oleh media berhubung sumber pembiayaan dana Permata.

Beliau berkata, sebagai ahli akademik, Antiquities Coalition tidak mempunyai cara segera mengesahkan dana Permata, dan tidak menyedari mengenai sebarang salah-laku tertentu.

"Bagaimanapun, kita tidak mahu acara penting ini didominasi oleh apa-apa selain daripada isu bagaimana untuk menggerakkan dan menyatukan rakyat dalam memerangi keganasan," katanya.

"Justeru, jawatankuasa ini memutuskan ia memerlukan lebih banyak masa untuk mengkaji semula komen yang diterima, dan telah mengeluarkan Permata daripada senarai penerima anugerah Khamis ini," katanya.

Sabtu lalu, Bernama melaporkan bahawa Rosmah telah dipilih untuk menjadi penerima anugerah Unesco sempena sempena Persidangan Agung ke-71 Pertubuhan Bangsa Bersatu.

Memetik Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan merangkap Naib Presiden Suruhanjaya Kebangsaan Unesco Malaysia Datuk Seri Alias Ahmad, Bernama melaporkan anugerah itu diberikan atas usaha dan sumbangan Rosmah dalam membangunkan potensi kanak-kanak, terutama di bawah Program Permata.
PERINGATAN

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...