TERKINI :

Wednesday, August 17, 2016

Zaid fail saman, mahu Najib pulangkan AS731 juta dan RM42 juta

 
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim hari ini memfailkan tindakan wakil bagi pihak rakyat Malaysia ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi pelanggaran kewajipan fidusiari.

Beliau menuntut Najib memulangkan AS$731 juta yang didepositkan ke dalam akaun bank peribadinya kepada kerajaan.

Zaid juga menuntut supaya wang RM42 juta, yang menurut Najib diterima daripada anak syarikat dana berdaulat negara, 1MDB - SRC International Sdn Bhd - juga dikembalikan kepada kerajaan dan 1MDB.

Beliau menamakan Najib, 1MDB, kerajaan dan anak tiri Najib, Riza Aziz dalam saman itu.

Zaid memfailkan tindakan itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.

Wang AS$731 juta itu termasuk AS$681 juta yang dilaporkan berada di akaun Ambank peribadi milik Najib sebelum pilihan raya umum ke-13 pada Mac 2013.

Manakala bakinya, AS$20 juta pula didakwa diterima daripada Good Star Ltd antara Februari dan Jun 2011, dan AS$30 juta lagi didakwa diterima daripada Aabar BVI antara bulan Oktober dan November 2012.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...