TERKINI :

Wednesday, August 24, 2016

Warna- warni Politik MalaysIa.. Barisan Nasional.. Pakatan Harapan & Gagasan Sejahtera

WARNA-WARNI POLITIK MALAYSIA

POLITIK baru dengan blok baru akan menyaksikan gelombang politik di PRU ke 14. Gabungan komponen Barisan Nasional akan pastinya berhadapan dengan PH dan Gagasan Sejahtera.

Masih menanti Bersatu(peribumi) kini dalam proses. Sudah pasti front pembangkang dari PH(Dap-Pkr-Amanah); Gagasan Sejahtera(Pas-ikatan) akan bersaing demi merebut kuasa politik di Malaysia selepas ini.

Jika front pembangkang dipimpini pemuka politik berjiwa besar. Permikir yang merentasi daerah kaum, bangsa ,agama dan budaya, saya percaya front pembangkang berjaya dipersatukan dalam satu wadah(tanzil) yang kukuh dan kuat. Hikmah yang tidak terlihat di mana Tuhan menzahirkan PAS-DAP-PKR-Amanah-Ikatan dan Bersatu mungkin jika dimenung dan difikir ia wajar dijadikan ramuan mustajad membina keutuhan dan kekuatan front pembangkang sekaligus mempermudahkan proses pengambil alihan kuasa politik daripada UMNO-BN di PRU akan datang.

Yang pipih tidak akan datang melayang, yang bulat tidak akan datang mengolek." Tuhan tidak akan merubah nasib seseorang jika diri itu sendiri tidak bersedia untuk membuat perubahan".

Bangunkan pemikiran dinamik dan positif. Hindiri berfikiran secara negatif. Berjiwa besar, tidak emosi, dan merendah diri. Kembali bersama dalam permaufakatan, kalau tidak pecayalah tuhan tidak akan menganugerahkan kepada kita status kemenangan.

Jamaludin Jamalu...

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...