TERKINI :

Saturday, August 13, 2016

Umno jangan takuti 'nyamuk' BERSATU, sindir Muhyiddin

Malaysiakini

Umno tidak harus berasa takut dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang disifatkan hanya sebuah 'parti nyamuk' yang belumpun secara rasmi ditubuhkan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Presiden penaja parti baru itu berkata demikian sebagai maklum balas kepada kenyataan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa parti itu tidak boleh dibenarkan untuk menggunakan singkatan 'BERSATU' kerana perkataan itu begitu biasa.

"Ya, parti kita begitu umum, Umno tidak perlu takut parti ini. Ia seperti sebuah parti nyamuk, belum terbentukpun," katanya selepas menghadiri kempen derma darah di Kuala Lumpur, hari ini.

"Sayapun tidak mempunyai ahli lagi, kita belum ada cawangan dan bahagian seperti mereka (Umno), kita tidak mempunyai juta ahli, kita tidak mempunyai wang. Jadi mereka tidak perlu begitu bimbang mengenai parti ini," katanya.

"Adakah ini bermakna Umno merasakan kelahiran parti baru sebagai ancaman sebenar, mereka kata ia serpihan, serpihan tidak akan bertahan, jadi mengapa bimbang?

"Apa yang besar sangat mengenai nama sahaja?" tanya beliau lagi.

Muhyiddin, bagaimanapun, menasihatkan para pengkritiknya agar tidak terlalu banyak mengkritik parti itu.

"Ia adalah hak untuk mengkritik, ini adalah demokrasi. Rakyat mempunyai hak untuk mengatakan apa yang mereka mahu katakan.

"Tetapi, lebih kurang mereka berkata mengenai parti ini adalah lebih baik, berilah kami peluang, saya fikir rakyat Malaysia mahu diberikan peluang (kepada Bersatu)," ujarnya lagi.

Sebelum ini, Tengku Adnan menyatakan rasa tidak bersetuju dengan nama parti baru yang diterajui oleh Muhyiddin yang didaftarkan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) Selasa lalu.

Katanya, pihak berkuasa perlu menyemak semula nama BERSATU yang sepatutnya tidak boleh diguna pakai.

Kata Tengku Adnan, BERSATU adalah perkataan sinonim yang sering digunakan sekaligus boleh mendatangkan kekeliruan kepada masyarakat.

“Mereka tak boleh gunakan perkataan BERSATU kerana ia adalah perkataan yang biasa digunakan, saya pun sering gunakan Bersatu Malaysia Maju, jadi ini akan menimbulkan kekeliruan, ini saya merayu sangat.

“Nak lulus, luluslah tapi saya minta mereka jangan pakai BERSATU, sebab dulu saya pun tak faham kenapa ROS luluskan nama AMANAH,” katanya.

Walaupun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai bantahan itu, namun adalah dipercayai nama BERSATU dikaitkan dengan lagu rasmi Umno iaitu ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’.

Lagu itu sering berkumandang setiap kali mesyuarat atau perhimpunan agung di televisyen dan juga radio.

Antara liriknya berbunyi:

Umno Bersatu Kita Bersatu
Dengan Setia Berganding Bahu
Jiwa Teguh Berpadu
Kita Rumpun Melayu
Bersama Kita Bersama
Mendukung Hasrat Semua
Berjasa Pada Bangsa
Agama Dan Negara
Lambang Kita Yang Gagah
Dipandang Mulia Dan Indah
Bersatu, Bersetia, Berkhidmat
Cogan Katanya
Umno Terus Mara
Untuk Rakyat Malaysia

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...