TERKINI :

Wednesday, August 17, 2016

Terima kasih MB T'ganu kerana dulu tak bantu pun


Di sebalik kejayaannya meraih pingat gangsa di persada Olimpik Rio de Janeiro, pelumba basikal negara Azizulhasni Awang menyimpan rasa terkilan terhadap kerajaan Terengganu.

Dalam tulisan penghargaan di Facebooknya hari ini, raja keirin Asia itu meluahkan rasa 'terima kasih' khas kepada menteri besar Terengganu, Ahmad Razif.

"Saya dan Fatehah (Mustapa) masih ingin mengucapkan terima kasih walaupun MB (menteri besar) tidak berkenan untuk membantu saya dan Fatehah, dua anak jati Negeri Terengganu yang berjuang di peringkat dunia dan Olimpik ini.

"Terima kasih kerana tidak sudi membelikan sebuah basikal ‘RoadBike’ untuk kegunaan kami dalam persiapan sukan Olimpik walaupun sudah dihantar proposal (cadangan) lebih kurang setahun sebelum Olimpik Rio," ujarnya.

Terdahulu, Azizul meraih gangsa dalam saingan akhir kategori keirin di Veledrom Olimpik, awal pagi tadi.

Aziziul juga mengucapkan terima kasih kepada Ahmad kerana tidak memberikan maklum balas dan membisu apabila pengurusnya menghubungi pejabat menteri besar itu.

"Untuk pengetahuan MB, saya dan Fatehah atlet bertaraf dunia dan Olimpik ini sentiasa terlepas pandang oleh MB. Mungkin ianya adalah kerana faktor yang kami berlatih di luar negara.

"Diharap MB dapat mengambil semua ini sebagai suatu yang positif dan diharap semua ini akan membuka mata MB dan orang-orang yang sepatutnya memainkan peranan.

"Walau apa jua yang berlaku, kami tetap bangga menjadi anak jati negeri Terengganu dan kami Ganu Sokmo Boh," katanya dalam tulisan panjang lebar itu.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...