TERKINI :

Wednesday, August 10, 2016

Pokemon Go : Jawatankuasa Fatwa Kedah putuskan haram

Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my

Alor Setar: Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah memutuskan haram bagi umat Islam bermain Pokemon Go kerana dilihat banyak mendatangkan kemudaratan.

Keputusan itu dibuat dalam satu mesyuarat di Pejabat Mufti Kedah, Anak Bukit di sini, selama dua jam 30 minit bermula 10 pagi hingga 12.30 tengah hari tadi.

Mufti Kedah Datuk Muhamad Baderudin Ahmad berkata, melalui perbincangan di dalam mesyuarat itu, pihaknya merumuskan sangat wajar permainan Pokemon Go ini dihalang, disekat dan dilarang di mana dalam erti kata lain diharamkan dimainkan umat Islam.

Menurutnya, jika hanya diharamkan mereka tetap akan bermain permainan itu dan sehubungan itu ia harus disekat oleh pihak yang berautoriti supaya permainan itu tidak boleh dimainkan di negara ini kerana ia lebih mendatangkan kemudaratan.

“Terdapat beberapa kemudaratan yang dikesan melalui permainan itu seperti ia boleh mengancam akidah umat Islam.

“Selain itu permainan itu juga boleh mengganggu gugat keselamatan dan privasi kita seperti rumah ibadat diceroboh sehingga mencetuskan suasana tidak sihat,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas selesai mesyuarat itu, hari ini.

Muhamad Baderudin berkata, permainan Pokemon Go juga didapati boleh mengancam terdedahnya rahsia negara dan pemain hilang fokus kepada dunia realiti.

“Permainan ini tidak mempunyai faedah sebaliknya mendatangkan lebih banyak keburukan.

“Saya juga menyarankan ibu bapa supaya memantau anak-anak mereka supaya tidak terjebak dalam permainan ini,” katanya.

Beliau berkata, Jabatan Mufti Kedah juga mencadangkankerajaan dan pihak berwajib menyekat perisian aplikasi permainan Pokemon Go dan mana-mana perisian permainan lain yang mempunyai unsur keburukan sama.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...