TERKINI :

Monday, August 22, 2016

Persamaan kami jatuhkan Najib – Tun Mahathir

https://1.bp.blogspot.com/-SNOaouukW-E/VtlpkuQ1hFI/AAAAAAAAE2Q/78s8AkhUn9g/s1600/mahathir6.jpg
Tun Dr Mahathir Mohamad duduk bersama sekutu lama dan bekas musuh politiknya, mendapatkan sokongan untuk menandatangani deklarasi bagi menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri.

Di antara yang bersamanya ialah Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dan bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik.

“Hanya ada satu persamaan di kalangan kami, sebagai rakyat kami melahirkan kebimbangan dan kerisauan berhubung apa yang berlaku di negara kita.

“Kami mahu menandatangani deklarasi yang termasuk menyingkirkan Najib sebagai perdana menteri,” kata Dr Mahathir pada sidang media padat dengan petugas media di Kuala Lumpur hari ini.

Di antara yang hadir ialah Datuk Ambiga Sreenevasan, Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah, Datuk Zaid Ibrahim dan aktivis Hishamuddin Rais.

Deklarasi itu ditandatangani seramai 58 individu yang menyokong penyingkiran Najib termasuk isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Dr Mahathir mengetuai deklarasi itu dan membacakannya di hadapan media.

“Kami menyeru kepada semua rakyat Malaysia, tidak mengira kaum, agama, politik, kepercayaan atau parti, tua atau muda, marilah bersama-sama kami selamatkan Malaysia daripada kerajaan yang dipimpin Najib untuk membuka jalan kepada mereformasikan institusi demi proses demokrasi dan memulihkan prinsip pengasingan kuasa diantara eksekutif, legislatif dan kehakiman yang akan memastikan kebebasan, kredibiliti, profesionalisme serta integrity institusi-institusi nasional,” kata Dr Mahathir membacakan deklarasi itu pada sidang media di Pusat Alumni Universiti Malaya di Kuala Lumpur hari ini.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...