TERKINI :

Wednesday, August 24, 2016

PERHATIAN : PENYAMUN berpedang samurai giat melakukan kerja depa disekitar PENDANG, YAN & KOTA SETAR

Assalamualaikum
Salam sejahtera
Semua KRT dan SRS Yan

Kegiatan samun bersenjata oleh sekumpulan lelaki dipercayai berbangsa Melayu bermotosikal 125z(.)

Sejak 9/8/16 sehingga hari ini(23/8/16) sudah berlaku 7 kes samun yg disyaki dilakukan oleh kumpulan ini. Kejadian pertama berlaku di Bandar baru dan berikutnya di Yan, Pendang dan akhir sekali hari ini di Kota,Setar.

2. M.O kumpulan :
- terdiri dari 4 - 5 pemuda Melayu.
- menggunakan motosikal 125z warna Merah, Kuning dan Biru.
- memakai helmet visor full face semasa melakukan samun.
- mengguna senjata tajam i.e pedang samurai
- menggugut mangsa serah harta dgn meletakkan senjata tajam di tengkok.
- ganas.

3. Dipercayai dari daerah luar kedah i.e Selama dan akan tinggal di hotel2 budget.

4. Pohon kerjasama tuan dan puan :

4.1. Arahkan anggota rondaan srs mencatat no kenderaan apabila mengesyaki kumpulan ini berada dikawasan tuan.
4.2.  inisiatif rondaan pencegahan jenayah yg lain. buat pemeriksaan  keatas pemuda-pemuda bermotosikal i.e periksa bawah seat dan dalam raga motisikal untuk kesan senjata tajam.

Pastikan keselamatan tuan dan puan.undang-undang dipatuhi.berhubung balai polis yg berkaitan jika mempunyai maklumat atau terus berhubung saya .
Halim 013 4027110.

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama.
=================

Antara KES yang telah berlaku :

[8/21, 9:48 PM] XXXX: Asslm jiran2 ku yg dikasihi..

Info utk makluman dan ingatan..

Tghari td jam 1 taman dahlia fasa 4 lencong barat  telah didatangi oleh 5 penjenayah bertutup muka dan pedang samurai..letak pedang samurai pd leher wanita trus masuk rumah amik brg kemas dan wang...guna 3 biji moto 125..merah biru kuning..3 standby luar 2 masuk dalam..jiran2 cuba nk tlg digertak jgn campur..

Semuga Allah lindungi taman kita dan dihindari..dan pakat2 tlg tgk tgk jgk...koe melampau dah puak ni..siang2 depan2 org...
Sekian laporan saya..tq

Copy dri group sebelah...

[8/21, 9:48 PM] XXXX: Ekoran dari kejadian camtu...sebelah tmn saya ni haa...Taman Kelisa depan PPD  Kota Setar...ada kes samun jgk tghari td...tuan umah baru balik umh, tgh buka pgr...mai penyamun byk org bwa parang...dgq cerita sampai pijak2 perut ank tuan umh tu...depa dan ambik kunci motor ja kot...yg laen x sempat...jiran2 nk tolong pun x berani...setakat yg dengar camtu la😫😫

[8/21, 9:48 PM] XXXX: hari ni 2 kejadian rompakan kat pendang....

Kes 1
cgu shahida smkapd kena rompak...dpn tmn sri wawasan...letak pisau kat leher depa kata

Kes 2
Kereta cg isteri pengetua smk sg tiang masuk parking... perompk terus masuk.... Ambil beg tangan. Masuk dlm 2 bilik dlm rumah...

jam 3.00 pm tadi . Penyamun berparang 4 org nek moto. Pakat Berhati2 ya...

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...