TERKINI :

Monday, August 22, 2016

Pas tidak akan lepaskan kerusi kepada parti lain – Iskandar

 Pas tidak akan lepaskan kerusi kepada parti lain - Iskandar
Memberi reaksi kepada cadangan satu lawan satu oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin semalam, Pesuruhjaya Pas Selangor,Datuk Iskandar Abdul Samad bertegas semua kerusi yang ditandingi parti itu dalam pilihanraya lepas tidak akan dilepaskan kepada parti lain.

“Pas Selangor bertegas untuk tidak melepaskan kerusi-kerusi yang ditandingi pada PRU lepas kepada mana-mana parti baru,” tulis beliau di status facebooknya.

Beliau bagaimanapun setuju dengan cadangan perlawanan satu lawan satu antara pembangkang dan Barisan Nasioanal (BN).

“Saya memang setuju satu lawan satu tapi jangan kacau kerusi Pas dan Pas tak kacau kerusi orang,” katanya.

Muhyiddin dalam sidang media Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata beliau akan memastikan pertandingan satu lawan satu antara pembangkang dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 nanti.

Bersatu katanya, ditubuhkan atas matlamat untuk bersama-sama pembangkang melawan Umno BN.

“Matlamat kita untuk bersama-sama rakan-rakan pimpinan yang lain, parti-parti yang sehaluan dengan kita baik dalam Pakatan Harapan, Amanah ataupun Pas nak bekerjasama dengan syarat kita dapat wujudkan satu kesatuan yang kukuh dan kita pastikan bila kita menghadapi pilihan raya kita bertanding atas satu lawan satu,” katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...