TERKINI :

Tuesday, August 23, 2016

PAS syukur dapat tempat kedua

SUBKY LATIF | 22 Ogos 2016.

DALAM tinjauan rambang sehari yang dibuat oleh harian tabloid Shah Alam atas parti politik yang menarik ramai oleh masyarakat pembaca, responden meletakkan PAS di tempat kedua.
    
Yang pertama ialah Bersatu, Parti Peribumi Bersatu yang bakal ditubuhkan oleh Tun Dr. Mahathir dan TS Muhyidin Yassin. Parti itu meraih 36 peratus, menakala PAS dapat 28 peratus. Pakatan Rakyat dapat 27 peratus manakala BN hanya dapat 9 peratus.
    
Pungutan suara melalui aliran itu untuk sehari dan dibuat mengejut.
    
Justeru ia rambang maka ia tidak secara hakiki mencermin keadaan dan perkembangan yan tepat dan sebenarnya.
    
Akan tetapi tinjauan seperti ini mempunyai pengaruh yang besar membantu orang ramai membuat pilihan.
     
Contohnya Amerika membuat beberapa tinjuan tentang bakal Presiden Amerika November nanti antara calon Demokrat Hillary Clinton dan calon Repulikan Donald Trump. Dalam semua tinjauan, meletakkan Clinton mendahului Trump. Dengan beberapa tinjauan setakat ini yang memihak kepada Clinton, dipercayai harapan Clinton adalah lebih baik.
    
Tetapi tinjauan sehari daripada 3,800 respondan mungkin berubah dalam tinjauan yang lain.
    
Apapun reaksi spontan pembaca itu boleh membayangkan pandangan umum suara politik negara hari ini.
     
Apapun PAS boleh bersyukur atas keputusan itu kerana ia adalah satu ujian Allah atas parti itu pada hari ini. Dengan bersyukur, bersabar dan bertenang dari PAS atasnya, moga-moga Allah berkati masa depannya.
    
Dengan keputusan hari ini jika diterima dengan baik boleh mendorong PAS bekerja lebih kuat dan bersistematik, nescaya dapat membaiki keadaan yang baik menjadi yang teratas.
    
Kita tidak usah komen mengapa Bersatu yang belum wujud dapat tertinggi. PAS wajar bersyukur dalam suasana ia banyak dilanda finah dan dihimpit oleh semua dari kiri dan kanan, sebagai parti tunggal bersendirian ia dapat kedudukan yang kedua.
    
Sekalipun ia kalah dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar bulan puasa lalu, tetapi ia sebagai parti yang kembali bersendiri, ia masih menjadi pilihan setengah orang.
    
Tinjauan yang spontan itu PAS telah mengatasi gabungan tiga parti Pakatan Harapan. Sekalipun ia lebih satu peratus saja, tetapi Pakatan Harapan terdiri sekurang-kurangnya tiga parti. Jika 27 peratus yang diperolehnya dibagi tiga, maka tiap-tiap parti itu dapat kurang dari 10 pratus.
    
Tetapi yang paling payah difikirkan ialah BN sebagai gabungan Umno, MCA, Gerakan, PPP, PBS, PBB dan lain-lain lagi dapat 9 peratus. Jika dibagi sama banyak antara komponannya satu parti dapat kurang daripada satu peratus.
      
Ia tidak mencerminkan populariti parti itu. Mungkin BN selalu mendahului yang lain kerana ia mengeluarkan banyak duit dan ia menguasai sistem pemilihan. Tinjauan sehari itu tidak memberi duit kepada sesiapa dan ia tidak dikuasai oleh SPR. Maka respondan bebas menentukan sokongannya.
    
Jika ditakdirkan tinjauan itu mencermin keputusan PRU14 nanti, maka PAS akan menjadi pembangkang yang terbesar. Layak dicalonkan ketua pembangkang. BN pula jadi pmbangkang amat kecil atau mungkin tiada wakil di Parlimen. Ada negara jika undi popular kurang dari lima peratus, ia tidak layak masuk parlimen. Kalau sistem layak itu mesti dapat 10 peratus, BN hanya ada 9 peratus tidak layak masuk palimen.
    
Apabila ia tiada di parlimen, ia mungkin akan jadi permulaan kepada tiada lagi di dunia. – HARAKAHDAILY 22/8/2016

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...