TERKINI :

Sunday, August 21, 2016

Nawawi berperangai tiga suku, kata Mahfuz


mahfuz
KUALA LUMPUR: Datuk Mahfuz Omar memberi amaran kepada Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad supaya berhenti berdolak-dalik dengan perangai tiga sukunya dan tidak mengheret Yang di-Pertuan Agong dalam skandal 1MDB.





Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga mahu Nawawi memohon ampun kepada Agong dengan segera kerana mwrujuk baginda sebagai ‘Malaysian Official 1’ (MO1).

“Agong seorang yang lemah lembut dan berbudi bahasa. Bukannya tiga suku macam Nawawi.

“Sebagai rakyat Malaysia dan anak negeri Kedah, jika Nawawi seorang yang beradab beliau perlu mohon ampun kepada Agong tanpa tunggu titah Tuanku,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mahfuz berkata, Nawawi juga perlu memohon maaf kepada rakyat atas kenyataan berbaur hasutan yang dimuat naik ke Facebooknya sebelum ini.

“Jangan anggap dengan mengatakan kamu tidak bersalah dan untuk apa nak minta maaf. Kamu sudah menghasut rakyat untuk membenci Yang di-Pertuan Agong.

“Kamu jangan angkuh dan sombong dengan rakyat. Kamu dipilih rakyat. Jangan biadap dan kurang ajar pada Yang di-Pertuan Agong dan rakyat,” katanya.

Kelmarin, polis memaklumkan akan memanggil Nawawi bagi menyiasat kenyataannya merujuk Agong sebagai MO1 yang turut disebut dalam laporan Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat yang memfailkan saman sivil bagi menyita harta yang didakwa dibeli daripada penyelewengan dana 1MDB.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis menerima beberapa laporan mengenai perkara itu dan siasatan akan dijalankan.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...